TEDROS:
Mesej kami kepada komuniti antarabangsa ialah, sama ada melabur hari
ini atau tanggung akibatnya di kemudian hari. - Gambar fail
"Hari ini kami melancarkan satu pelan persediaan dan respons strategik.... Kami meminta ASD675 juta untuk membiayai pelan itu untuk selama tiga bulan akan datang," kata ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada satu sidang media di Geneva.
Tambahnya, rayuan untuk pembiayaan itu "jauh lebih kecil daripada bil yang kita terpaksa bayar jika kita tidak melabur untuk rancangan persediaan itu sekarang."
Katanya, WHO sedang dalam usaha menghantar 500,000 topeng penutup muka dan 40,000 respirator ke 24 negara dari gudangnya di Dubai dan Accra.
Tedros juga memuji sumbangan ASD100 juta dari Bill and Melinda Gates Foundation yang diumumkan pada Rabu untuk tujuan ujian, rawatan dan penyelidikan vaksin untuk virus tersebut.
Ditanya mengenai seruan Britain kepada rakyatnya untuk meninggalkan China, Tedros berkata: "Pendekatan menyeluruh sebegitu mungkin tidak akan membantu. Kami menggalakkan semua negara membuat keputusan berasaskan bukti."
Beliau berkata, WHO juga sedang mengusahakan untuk menghantar satu misi pakar antarabangsa ke China "tidak lama lagi."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan