
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Biro Politik PKR yang
diadakan malam tadi memaklumkan bahawa Presidennya, Datuk Seri Anwar
telah menerima surat permohonan cuti Naib Presiden parti itu, Zuraida
Kamaruddin.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail yang berkata pejabat Presiden telah maklum akan hal itu.
“Presiden (telah) menerimanya (surat permohonan cuti Zuraida).
Semalam, Zuraida menerusi Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan
Ahmad berkata, pihaknya telah menghantar surat permohonan cuti daripada
memegang jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Hizwan berkata, surat yang diserahkan kepada pejabat
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar, antara lain menyebut Zuraida akan
bercuti sehingga Lembaga Disiplin parti selesai membuat keputusan
mengenai tindakan terhadapnya.
Zuraida dalam surat berkenaan mahu bercuti daripada tugas
itu berkuatkuasa serta merta namun beliau akan menjalankan tugas sebagai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Zuraida sebelum ini dirujuk kepada Lembaga Disiplin
berhubung ucapan kontroversinya yang mengkritik secara terbuka pimpinan
utama PKR pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di ibu negara
pada 8 Disember tahun lalu iaitu hari terakhir Konvensyen Nasional PKR
di Melaka. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan