Oleh Siti Fatimah Ishak
Tuduhan Lokman berat, Zahid dan Hishamuddin patut beri penjelasan
BANGI –
Pembentukan kerajaan baharu yang lebih cekap dan berwibawa wajib
disegerakan sekiranya kerajaan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad
merasakan mereka tidak mampu memberikan prestasi yang ‘baik’ kepada
rakyat.
Perkara
itu diutarakan Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi susulan dakwaan mengatakan Presiden
UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan kemungkinan
bekerjasama dengan Tun Mahathir, sekali gus membentuk kerajaan campuran
baru bersama-sama Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Perkara
itu didedahkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam
sebelum ini, kononnya kerjasama politik baru akan dilancarkan masa
terdekat sama ada pada 10, 11, atau 12 Februari ini dengan nama Pakatan
Nasional.
Mengulas
perkara itu, Abdul Muein berkata, hakikatnya, desas-desus usaha
pembentukan kerjasama politik baru bertiup kencang sejak sekian lama;
Datuk Seri Anwar Ibrahim bahkan pernah secara terbuka menegur Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein, pemimpin UMNO yang dikatakan pencatur utama
gerakan bersama-sama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Malah,
katanya, sebelum Lokman mendedahkan rakaman kenyataan Zahid, Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki terlebih dahulu
memberikan bayangan betapa agenda tersebut sedang dipertimbangkan secara
serius.
Bagaimanapun, Lokman mengkritik keras kesediaan Zahid untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir.
“Beliau
mendakwa Ahmad Zahid ‘terpaksa’ menerima cadangan kerjasama UMNO dengan
Bersatu bagi menyelamatkan dirinya daripada 87 pertuduhan di mahkamah
ketika ini, dibantu pula Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang didakwa
beliau ‘makan gaji dengan Hishammuddin’.
“Tuduhan
Lokman itu cukup berat dan tentulah Ahmad Zahid dan Hishammuddin perlu
memberi penjelasan segera,” katanya menulis di Kolumnis Sinar Harian,
hari ini.
Mengulas
lanjut, Abdul Muein berkata, ada tiga hakikat utama yang perlu diakui
susulan pendedahan Lokman, di mana Dr Mahathir benar-benar dalam proses
untuk tidak menyerahkan kuasa kepada Anwar.
“Selain
itu, Dr Mahathir kurang yakin dengan kemampuan Kabinet PH hingga sedia
bekerjasama dengan UMNO (kecuali Datuk Seri Najib Razak) dan PAS.
“Antara
lain, Dr Mahathir kurang yakin dengan kekuatan Bersatu untuk memenangi
pilihan raya umum jika tidak, tentu beliau memilih mengusulkan
pembubaran Parlimen dan bukannya tawarkan kerjasama dengan UMNO.
“Apa yang
penting, setiap pemimpin politik wajib menyedari amanah kekuasaan
terletak pada prestasi mereka memperbaiki kualiti hidup rakyat,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan