DAP tak gentar dengan Tun, ugut keluar kerajaan jika tak ikut kehendak
BANGI -Walaupun parti cauvinis, DAP belum menguasai majoriti kerusi di
Parlimen, tetapi dengan penjenamaan semula, strategi dan wajah baru,
mereka sudah pun berkuasa, kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan
Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad.
Beliau berkata, parti rasis itu amat yakin bahawa cengkaman kuasa yang sudah mereka miliki, kini memang tak akan terlepas.
Dek kerana
itu juga, sebarang keputusan dan tindakan daripada Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad pada ketika ini juga tidak digentari, katanya.
“Andaian
saya ialah DAP tidak gentar pilihan apa sekalipun yang Tun M akan buat.
Itu sebabnya ada di kalangan pemimpin mereka berani menjolok sarang
tebuan, mengugut untuk keluar dari kerajaan jika kehendak mereka
diingkari.
“Percayalah, sekali DAP sudah mencengkam kuasa, mati balik hidup pun tak akan dilepaskannya.
“Mereka
amat yakin, Melayu masih pendek akal. Selagi Melayu kekal pendek akal
selagi itulah kuasa politik akan kekal dicengkam erat olehnya,” katanya
dalam satu rencana, hari ini.
Beliau
berkata, DAP mempergunakan pola pemikiran orang Melayu yang amat mudah
dipengaruhi dengan persepsi, kebencian dan kesempitan kehidupan.
“Cerita
rasuah, terutamanya yang terpalit dengan 1MDB akan terus berlegar
membina kebencian melampau orang Melayu terhadap semua pemimpin Melayu,
ibarat seekor kerbau mmembawa lumpur, semua dipalitnya.
“Agenda
kebencian ini giat mereka bina di kalangan pengundi Melayu untuk menolak
pemimpin Melayu, kononnya mereka itu pentingkan diri, duduk asyik
berlaga sesama sendiri bermain catur siapa bakal PM kelapan, lantas
tidak mempedulikan nasib rakyat yang kian sengsara dek ekonomi yang
semakin lembap,” katanya.
Bukan itu
sahaja, dalam arena ekonomi pula, katanya, tatkala semua institiusi
politik Melayu sibuk dengan percaturan PM kelapan, baik di blok kerajaan
mahupun blok pembangkang, mereka tiada masa untuk mengambil peduli
kerosakan yang sengaja dilakukan ke atas begitu banyak institusi ekonomi
kepentingan orang Melayu.
“Banyak
tangan-tangan kotor yang merosakkan institusi ini, termasuk di kalangan
tangan-tangan orang Melayu sendiri. Tiada seorang pun pemimpin Melayu
ambil peduli.
“Cukup
licik cara mereka nak memiskinkan Melayu. Bila institusi-institusi
ekonomi yang begitu banyak dibina runtuh satu per satu dan yang masih
hidup ditukarkan kiblatnya dari melaksanakan tiga teras DEB (pengwujudan
peluang pekerjaan, pengwujudan peluang bisnes dan pengwujudan peluang
pemilikan ekuiti), menjadi agensi untuk buat keuntungan kepada kerajaan,
maka Melayu akan mengemis ikhsan dari DAP.
“Nak mendapatkan pekerjaan, kenalah ikut terma dan syarat mereka, maka kelulusan UEC misalnya, akan menjadi keutamaan.
“…itu
semua mampu kerajaan PH lakukan selagi DAP berkuasa. DAP dah ada
formulanya, asalkan orang Melayu dapat dikekalkan untuk pendek akal,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan