Harga runcit RON 97 pula turun sebanyak tujuh sen kepada RM2.34 seliter bagi tempoh berkenaan.
“Kerajaan komited dengan dasar penstabilan harga runcit produk petroleum selaras dengan janji Manifesto Pakatan Harapan dan telah melaksanakan penetapan harga runcit secara mingguan dengan had harga tidak melebihi RM2.08 seliter (RON95) dan RM2.18 seliter (diesel).
“Ini akan membolehkan para pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga runcit produk petroleum di pasaran dunia dan melindungi pengguna daripada kenaikan harga yang melebihi paras yang telah ditetapkan,” katanya semasa sidang media di kementeriannya hari ini.
Menurut Guan Eng, penurunan harga minyak global pastinya memberi kesan terhadap pendapatan kerajaan namun begitu sekiranya komoditi tersebut berada di paras tinggi, kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk menampung subsidi bahan api pula.
“Apa yang kita tekankan adalah manfaat kepada rakyat dari segi kos sara hidup.
“Kita akan buat penyelarasan setiap minggu jadi jika mahu tengok kedudukan sepanjang tahun, masih panjang,” katanya lagi.
Tambah Guan Eng, kerajaan telah membiayai subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion pada 2019.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan