KUALA LUMPUR – Exco Srikandi Bersatu, Zuhuraina Makmur mendakwa rakyat tidak mahu berlaku peralihan kuasa Perdana Menteri.
Menurutnya, rakyat mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad mengetuai Pakatan Harapan (PH) bukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Adakah Anwar? Tidak! Yang sering bersama beliau adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Mohamad Sabu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Luar Bandar itu menegaskan, rakyat mahukan kerajaan menjaga keperluan ekonomi mereka, menyediakan peluang pekerjaan dan pendidikan yang cukup untuk mereka.
“Peralihan kuasa perdana menteri hanyalah agenda peribadi pihak tertentu untuk menggugat kestabilan pentadbiran kerajaan,” katanya.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan