‘Saya menang, saya punya satu surat, 7 menteri turun’
FION YAP
Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mencetuskan
kontroversi hiasan tahun baru Cina di sebuah sekolah di Puchong hari ini
“mengisyhtiharkan kemenangan”.
“Saya sudah menang sebab saya satu surat, tujuh menteri turun. Mesyuarat kabinet 15 kali ulang nama saya.
“I (saya) punya satu surat turun tanglung, tujuh menteri turun untuk naikkan balik itu tanglung.
“I dah menang,” katanya yang juga naib presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan pemimpin lantang Ibrahim Ali.
Khairul
berkata demikian selepas memberi isyarat jari ‘V’ kepada petugas media
di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini.
Ditanya maksud isyarat itu, beliau “victory” (kejayaan).
SKMM hari ini memanggilnya untuk dirakam kenyataannya.
Beliau sebelum ini menulis surat bantahan kepada pengetua SMK Pusat Bandar Puchong 1.
Di
tengah-tengah kontroversi, tujuh menteri termasuk Timbalan Perdana
Menteri Wan Azizah Wan Ismail, turun padang bagi menyatakan sokongan
kepada usaha memupuk perpaduan sekolah yang mempunyai murid pelbagai
kaum itu.
Sementara itu, Khairul juga berkata dikehendaki hadi ke ibu pejabat polis daerah Serdang pula selepas itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan