Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan mengesan dua pemandu kereta mewah jenis Mercedes Benz yang didakwa terlibat dalam perlumbaan haram di Jalan Kubang Kerian ke Pasir Hor, Kota Bharu, pada Jumaat lalu.
Ia susulan penularan video berdurasi 2 minit 28 saat di media sosial yang memaparkan gelagat sekumpulan individu dan dua buah Mercedes Benz berwarna kuning yang didakwa terlibat dengan lumba haram.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
"Kita akan siasat terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada.
Terdahulu,
video tersebut dikongsi seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama
Dhanice Percy yang turut mendakwa salah seorang pemilik kereta mewah
itu merupakan seorang usahawan kosmetik.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan