BONGAWAN: Kempen yang memasuki
hari kelapan menyaksikan pelbagai insiden tidak dijangka berlaku
termasuk terpaksa mendengar ceramah dalam keadaan gelap.
Insiden lampu terpadam itu berlaku ketika Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sedang menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Bongawan, pada Sabtu malam.
Suasana tiba-tiba gelap ketika Presiden Parti Bersatu Warisan Sabah (Warisan) itu baru berucap selama lebih kurang 20 minit di hadapan penyokongnya.
Situasi bergelap tersebut berlangsung hampir 12 minit sebelum ia kembali normal.
Ia bagaimanapun tidak menghalang penyokong untuk kekal di tempat duduk masing-masing untuk mendengar ucapan Mohd Shafie.
Sepanjang lampu terpadam, pembesar suara Mohd Shafie masih berfungsi seperti biasa.
Sebelum itu, ceramah turut dihadiri Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassim.
Insiden lampu terpadam itu berlaku ketika Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sedang menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Bongawan, pada Sabtu malam.
Suasana tiba-tiba gelap ketika Presiden Parti Bersatu Warisan Sabah (Warisan) itu baru berucap selama lebih kurang 20 minit di hadapan penyokongnya.
Situasi bergelap tersebut berlangsung hampir 12 minit sebelum ia kembali normal.
Sepanjang lampu terpadam, pembesar suara Mohd Shafie masih berfungsi seperti biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan