Ahli
Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bercakap pada
Diskusi Pasca PRK Kimanis : Fakta dan Pengajaran di Tanjung Lounge,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul
Rahman Dahlan melahirkan rasa simpati kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal kerana dilihat bersendirian ketika berkempen
sepanjang PRK Parlimen Kimanis.
Bekas Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata, ini kerana kebanyakan
pemimpin Kerajaan Negeri Sabah yang lain kurang berpengalaman berdepan
dengan pilihan raya kecil.
“Saya kasihan juga dekat Shafei sebab dia lone ranger
(bersendirian), sebahagian lain tidak mempunyai banyak pengalaman
(politik),” katanya berucap dalam Diskusi Pasca PRK Kimanis di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.
Abdul Rahman juga menekan tentang strategi UMNO/Barisan Nasional yang
berjaya menyusun jentera pilihan raya dengan berkesan sehingga
membolehkan parti itu menang di Kimanis.
Beliau juga menarik perhatian mengenai dapatan Ilham Centre yang meramalkan Warisan akan menang selesa.
Menurut Abdul Rahman, pihaknya telah memanggil mesyuarat tergempar
pada malam selepas Ilham mengumumkan dapatan mereka dan membincangkan
tentang perkara tersebut bersama Datuk Bung Moktar Radin serta jentera
pilihan raya.
Beliau juga melihat faktor Tan Sri Musa Aman turut menyumbang kepada
kemenangan BN selain kesilapan Warisan yang terlalu menumpukan kepada
isu pembangunan dengan memberi amaran kepada pengundi jika tidak
mengundi Warisan maka tidak akan ada pembangunan di Kimanis.
Pandangan Abdul Rahman mengenai Shafie yang dilihat bersendirian
semasa PRK Kimanis turut dipersetujuiTimbalan Pengerusi Institut Kajian
Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP), Dr Pamela Yong yang membuat
kaji selidik sepanjang dua minggu kempen PRK Parlimen Kimanis.
Menurut Pamela, PRK Parlimen Kimanis dilihat hanyalah satu medan
perang kepada Shafie kerana Presiden Warisan itu dilihat
berhempas-pulas berkempen untuk memenangkan calonnya, Datuk Karim Bujang
tanpa bantuan pemimpin sekutunya. Dr.
Pamela Yong bercakap pada Diskusi Pasca PRK Kimanis : Fakta dan
Pengajaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto
AFFAN FAUZI,“PRK Kimanis benar-benar satu medan perang kepada Shafie, sebab setiap hari termasuk Ahad Shafie ada di kawasan (berkempen).
“Kimanis juga medan perang kepada kedua-duanya parti yang bertanding
dari segi kerjasama parti sekutu di antara PH-Warisan dan BN-Muafakat
Nasional,” katanya.
Pamela turut melihat ketiadaan pemimpin kanan dalam Pakatan Harapan
seperti Darell Leiking, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew,
pemimpin DAP tempatan dan juga barisan kepimpinan PKR memberi isyarat
Warisan akan kalah di Kimanis.
Katanya, hanya kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berjaya
menarik orang ramai manaka pemimpin seperti Mohamad Sabu dan beberapa
yang lain tidak mampu menawan hati penduduk. awar ibrahim, md sabu semua
gagal tak berjaya tarik crowd
Beliau berkata, walaupun calon Warisan dari parti pemerintah Sabah
dan juga parti tempatan, namun kempen yang bersifat retorik, janji-janji
pembangunan, pengagihan wang tunai serta cabutan bertuah dilihat
menjauhkan para pengundi dari parti itu. – MalaysiaGazette
Dr.
Hamidin Abdul Hamid bercakap pada Diskusi Pasca PRK Kimanis : Fakta dan
Pengajaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto
AFFAN FAUZI
KUALA LUMPUR – Ramalan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK)
Parlimen Kimanis merupakan kesilapan pertama yang dilakukan badan
pemikir Ilham Centre sejak hampir 12 tahun membuat kaji selidik mengenai
pilihan raya.
Perkara diakui sendiri oleh Felonya, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid
sambil menyifatkan kesilapan itu memberi banyak kebaikan kepada badan
pemikir itu untuk lebih berhati-hati membuat kaji selidik pada masa akan
datang.
“Ini adalah kali pertama buat kesilapan selepas hampir 12 tahun
dalam kaji selidik dan hampir 36 kaji selidik dalam survey mengenai
pilihan raya sebagai pengamal kaji selidik.
“Saya tahu ada orang senyum, ada juga ketawa, kita banyak belajar,
saya fikir ia sesuatu yang baik datang daripada Kimanis dan betapa
uniknya landskap di Sabah sehingga ke satu peringkat,” katanya dalam
Diskusi Pasca PRK Kimanis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini,
malam ini.
Pada 16 Januari lalu, iaitu dua hari sebelum hari pembuangan undi,
Ilham Centre mengeluarkan dapatan kaji selidiknya mendapati, calon
Warisan, Datuk Karim Bujang menang selesa dalam PRK Parlimen Kimanis.
Hasil kajian badan pemikir itu mendapati Karim selaku bekas Ahli
Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Bongawan selama lima penggal mempunyai
kelebihan dengan 57 peratus berbanding calon BN, Datuk Mohamad Alamin.
Menurut ketua penyelidiknya, Dr Muhd Yusri Ibrahim, hasil dapatan itu
berdasarkan kajian yang dibuat membabitkan 491 responden terdiri
daripada pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis.
Dalam pada itu, Hamidin juga mengakui bahawa pihaknya terlepas
pandang terhadap kesan besar yang dibawa dalam isu Pas Sementara Sabah
(PSS) dan ia disedari selepas laporan ramalan PRK Kimanis itu didedahkan
kepada pengetahuan umum.
“Berdasarkan dapatan kami, pada asasnya kami sedar ia lebih besar
kepada isu tempatan. Dalam ramalan kami kita letakkan PSS sebagai snow
ball effect, kita sedari. Bukannya isu utama, tapi ia sesuatu yang kerap
kali digunakan dalam berkempen,” katanya.
Selepas laporan itu dikeluarkan, Ilham Centre turut menyedari bahawa
Warisan meletakkan keyakinan terlalu tinggi untuk merampas kubu kuat BN
itu hanya kerana Warisan merupakan parti pemeritnah di Sabah.
“Kami dapat rasa Warisan terlalu yakin dengan kelebihan sebagai
Kerajaan Negeri Sabah dan jentera berkempen lebih sempurna berbanding
parti pembangkang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak harus dipersalahkan susulan
kekalahan Warisan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabtu
lalu.
Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden
Warisan berkata, partinya mengambil sepenuh tanggungjawab berhubung
kekalahan itu.
"Jangan salahkan sesiapa dengan apa yang berlaku di
Kimanis, kami bertanggungjawab (atas kekalahan), bukan (Tun) Mahathir,"
katanya dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.
Iklan
Pada PRK Kimanis yang berlangsung 18 Jan lalu, calon BN calon BN, Mohamad Alamin menang dengan majoriti 2,029 undi.
Mohamad memperoleh 12,706 menewaskan calon Warisan, Karim Bujang yang memperoleh 10,677 undi.
PRK
parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas
mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang
membatalkan kemenangan Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada
16 Ogos tahun lepas memutuskan kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai
tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang
boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.
Pada PRU 2018, Anifah memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi.
Keputusan
PRK Kimanis itu, menyaksikan perdana menteri menjadi sasaran pengkritik
yang mahukan proses peralihan kuasa dilakukan segera ekoran kekalahan
kali kelima berturut-turut parti kerajaan terhadap BN.
Sementara itu, Shafie berkata Warisan mendengar suara rakyat yang membuat keputusan di Kimanis menolak calon parti itu.
Katanya, beliau juga menerima kekalahan itu dan menghormati keputusan rakyat yang telah membuat pilihan.
"Kita akan teruskan perkhidmatan kita bukan hanya sekadar Parlimen Kimanis, tetapi seluruh negeri Sabah.
"Apa keputusan yang dilakukan pengundi Kimanis, yang bertanggungjawab adalah Warisan," katanya lagi.
Wan Azizah Wan Ismail memberi limau mandarin kepada pengunjung ketika melawat Pasar Pagi Taman Muda hari ini.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail
tidak menolak kemungkinan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) pada Jun
ini antara faktor Warisan kalah dalam Pilihan Raya Kecil Kimanis
semalam.
Katanya, wujud persepsi salah berkaitan isu itu kerana Barisan
Nasional (BN) menyalahkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam
pelaksanaan PSS.
“Adalah analisa-analisanya (faktor kekalahan), tetapi yang penting untuk kita melihat sendiri apa yang kita perlu perbaiki.
“Memang ada cakap pasal PSS, itu kita bincang juga, tetapi BN
sekarang mengatakan itu kesalahan kita, sebenarnya tidak,” katanya
sewaktu ditemui di Pasar Pagi Taman Muda hari ini.
Pada 7 Sept lalu, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengumumkan
Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing bersetuju mengeluarkan PPS
kepada 136,055 warga asing di Sabah yang merupakan pemegang IMM13, Sijil
Banci dan Kad Burung-Burung, mulai 1 Jun 2020.
Tiga dokumen itu kebanyakannya dikeluarkan kepada warganegara
Filipina, iaitu IMM13 kepada warga asing berstatus pelarian, sijil banci
ketika program pemutihan Pasukan Petugas Khas Persekutuan dan kad
burung-burung yang dikeluarkan pada 1970 hingga 1990-an.
Katanya, PSS diharap dapat menyelesaikan isu kepelbagaian dokumen
serta memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan pergerakan warga asing
oleh pihak berkuasa.
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan ketika berkempen untuk PRK
Kimanis berkata, pelaksanaan PSS akan menimbulkan malapetaka kerana
pendatang asing diberikan kerakyatan dan bilangan mereka melebihi
penduduk tempatan.
Semalam, calon BN, Mohamad Alamin menang dengan majoriti 2,029 undi
mengalahkan Karim Bujang daripada Warisan yang mendapat 10,677 undi.
Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali yakin Sabah yang
diterajui Warisan selama 20 bulan sudah memberikan perkhidmatan terbaik
kepada rakyat, namun parti itu memerlukan lebih banyak masa untuk
mendapat kepercayaan mereka.
“Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal sudah melakukan terbaik dalam
tempoh 20 bulan lalu, namun isu legasi terlalu besar, mereka perlukan
masa meyakinkan rakyat Sabah bahawa masa depan Sabah dan rakyatnya pada
kerajaan Warisan.”
Katanya, beliau melihat sokongan rakyat di Kimanis tidak banyak
berubah berbanding jumlah undi yang diperoleh calon Warisan pada pilihan
raya umum 2 tahun lalu.
“Jadi, tidak timbul soal kemerosotan undi. Namun, kerana ini adalah
kawasan di luar bandar, kita perlukan masa untuk meyakinkan mereka
bahawa usaha-usaha dijalankan ini adalah untuk merapatkan jurang bandar
dan luar bandar.
“Usaha ini akan diteruskan lagi kerajaan pimpinan Warisan dengan kerjasama baik kerajaan persekutuan.”
ALOR SETAR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
menganggap kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya
Kecil (PRK) Parlimen Kimanis hari ini mungkin disebabkan pengundi di
kawasan itu belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan
(PH).
Beliau bagaimanapun yakin lambat laun rakyat di negeri itu umumnya,
akan memahami dan merasai bahawa pemerintahan kerajaan hari ini adalah
lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.
“Segala yang kita lakukan mengambil masa, macam kita buat dasar
baru untuk pertanian, kita tidak boleh buat hari ini esok sudah dapat
hasil, kena ambil masa,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis
Makan Malam Santai 2020 Parlimen Kuala Kedah dekat sini, semasaĆ diminta
mengulas mengenai keputusan PRK itu.
PH adalah rakan sekutu Warisan di Sabah bersama sebuah lagi parti tempatan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga pengerusi PH berkata parti itu
akan melakukan ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca sebenar
kekalahan itu dan pandangan rakyat Sabah terhadap pemerintahan kerajaan.
“Ya, kita akan tentukan apa sebabnya kita kalah. Kalah lebih teruk
daripada dulu. Jadi kita nak tahulah kenapa, apa yang buat rakyat Sabah
kecewa dengan pemerintahan kita ini,” katanya.
Katanya, parti juga perlu terus berdamping dan sentiasa dekat dengan
rakyat bagi mengetahui masalah mereka dan cuba membantu
menyelesaikannya.
Diminta mengulas keperluan jentera parti menerangkan dasar-dasar
kerajaan susulan kekalahan PH dalam beberapa lagi PRK lain sebelum ini,
Dr Mahathir mengakui ada ketika parti gagal berhubung dengan rakyat
untuk menerangkan perkara itu selain menceritakan pencapaian kerajaan.
“Ya, kita dapati kadang-kadang kita tak pandai nak berhubung dengan
rakyat. Nak menceritakan tentang apa yang telah kita lakukan, kejayaan
yang telah kita capai,” katanya.
PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis
lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang
membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi
kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Keputusan pengundian hari ini menyaksikan Barisan Nasional (BN)
mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis selepas calonnyaa Datuk Mohamad
Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi,
menewaskan pencabarnyaa
Datuk Karim Bujang, 67, daripada Parti Warisan Sabah (Warisan). — BERNAMA
'Flashmob'
menolak PSS semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di
sekitar Pekan Membakut, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL
KUALA LUMPUR – Ilham Centre yang sebelum ini meramalkan Parti
Warisan Sabah (Warisan) akan menang bergaya di Kimanis melihat isu
berkaitan Pas Sementera Sabah sebagai punca ramalan mereka tersasar.
Menurut Ketua Penyelidiknya, Dr. Mohd Yusri Ibrahim, daripada
pemerhatiannya, Warisan memiliki kelebihan dengan kecenderungan pengundi
terhadap parti itu yang berstatus parti pemerintah dan parti lokal
Sabah.
Namun, katanya, parti itu berhadapan dengan isu PSS yang
bergerak umpama bola salji yang makin membesar sehingga menghampiri hari
pembuangan undi.
Kata beliau, Barisan Nasional (BN) yang dibantu oleh beberapa NGO
tempatan memanfaatkan sepenuhnya isu itu untuk membentuk gelombang
protes dan penolakan terhadap parti Warisan.
“BN berjaya mengheret isu ini hingga ke hari pengundian, sentimen
penolakan terhadap PSS begitu hangat di pusat pembuangan undi, termasuk
menjadi bahan untuk petugas BN merayu undi.
“Walaupun memiliki kelebihan di pertengahan kempen, Warisan
tersungkur pada hari penentuan apabila gagal menangani kebimbangan dan
ketakutan pengundi terhadap pelaksanaan PSS ini.
“Hari terakhir penyelidik Ilham Centre berada di lapangan iaitu pada
14 Januari lalu, kami mengesan lapan peratus pemilih mengundi Warisan
dalam PRU14 bersedia memberi undi kepada BN dalam PRK ini kerana
memprotes isu PSS,” katanya dalam status yang dimuatnaik meneruai akaun
Facebooknya, malam tadi.
Dalam PRK semalam, calon BN, Datuk Mohamad Alamin yang mendapat
12,706 undi, menang dengan majoriti 2,029 menewaskan calon Warisan,
Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677.
Keputusan itu menjadikan BN memperolehi kemenangan kelima selepas Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.
Jumlah majoriti itu meningkat berbanding 156 dimenangi Datuk Seri
Anifah Aman pada PRU14 yang ketika itu bertanding atas tiket BN.
Menurut Dr. Mohd Yusri, bersandarkan data semasa menunjukkan Warisan
masih mendahului, pihaknya meramalkan parti itu mempunyai kelebihan
untuk memenangi pertembungan itu.
Namun, pada masa sama menjangkakan kelebihan itu akan dirampas
sekiranya Warisan gagal menangani isu PSS yang membesar umpama bola
salji menuju hari pengundian.
Ujar beliau, situasi itu benar-benar berlaku dengan gelombang PSS
tidak dapat dibendung oleh Warisan menyebabkan parti diterajui Datuk
Seri Shafie Apdal itu tewas dengan majoriti lebih besar kepada BN yang
meneruskan rentak kemenangan beberapa siri PRK sebelum ini.
“Pengundi Kimanis telah memberi isyarat jelas menolak Warisan dengan
memilih BN, pilihan mereka perlu dihormati, suara rakyat suara keramat
dan Kemenangan ini memberi momentum besar kepada BN menuju PRU15 nanti.
“Setelah Semenanjung dan Sabah, BN hanya perlu berkira-kira menyusun
strategi untuk bertapak semula di Sarawak bagi melengkapkan seluruh
puzzle mereka.
“Pakatan Harapan (PH) yang sedang demam teruk memerlukan ‘turning
point’ untuk memulihkan kembali sokongan rakyat kepada mereka, tetapi
sehingga hari ini belum kelihatan tanda-tanda ‘feel good’ yang boleh
mengembalikan sokongan yang mereka perolehi dalam PRU14 lepas,”
katanya.- MalaysiaGazette
Ahli
Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin (dua kiri) beramah mesra dan
mengucapkan terima kasih kepada peniaga dan penduduk pada hari pertama
sebagai Ahli Parlimen Kimanis selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK)
P.176 Kimanis di Pasar Tamu Pekan Membakut, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ
FADZIL
KIMANIS – Kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis semalam adalah satu signal
rakyat mahu kerajaan negeri membatalkan Pas Sementara Sabah (PSS).
Ahli Parlimen Kimanis yang baharu, Datuk Mohamad Alamin menegaskan,
PSS antara perkara pertama yang beliau akan bawa ke parlimen kelak bagi
memastikan ia tidak dilaksanakan.
“Sudah tentu saya lawan isu PSS, ia tidak elok untuk rakyat,
saya bersama rakyat akan bantah sekeras-kerasnya. Dengan kekalahan
Warisan kali ini, akan minta mereka batalkan sahaja PSS.
“Kalau mereka mahu rakyat hidup tenang, mereka perlu pertimbangkan
batal untuk batal PSS,” katanya kepada pemberita ketika menyantuni
rakyat Kimanis di Pekan Membakut hari ini.
Semalam, Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya, Jupery Etok
mengumumkan bahawa PRK P176 Kimanis dimenangi oleh Mohamad dengan
majoriti 1,913 undi.
Mohamad memperoleh 12,414 undi menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang yang mendapat 10,501 undi.
Sebaik sahaja Mohamad berjaya mempertahankan kubu kuat BN itu, beliau
tidak lupa untuk menyantuni dan beramah mesra dengan pengundi-pengundi
Kimanis di Tamu Pekan Membakut, hari ini.
“Alhamdulillah pagi ini saya berada di Pekan Membakut berjumpa dengan rakyat sebagai tanda terima kasih saya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah mengundi BN.
“Mungkin ada yang tak sempat bersalam sebelum ini, ini aktiviti
terawal saya selepas menang semalam,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Jentera
WARISAN memasang papan iklan gergasi sempena kempen Pilihan Raya Kecil
(PRK) P.176 Kimanis ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Membakut,
Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL
KUALA LUMPUR – Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim
mengakui pihaknya telah terkhilaf dalam meramalkan kemenangan Parti
Warisan Sabah (Warisan) di Kimanis.
“Setelah sekian lama Ilham Centre mengekalkan ketepatan dalam meramal
pemenang dalam siri-siri PRK, kami terkhilaf di Kimanis,” katanya dalam
hantaran di laman Facebook.
Menurut Yusri, sebagai ketua penyelidik, beliau mengambil tanggung jawab penuh atas kekhilafan kali pertama ini.
Sebelum ini Ilham Centre dalam dua laporannya membuat rumusan Barisan
Nasional akan tewas di Kimanis antara lain menurut mereka disebabkan
iklim politik yang berbeza di Sabah.
Mereka menyimpulkan bahawa isu-isu seperti sentimen Melayu-Islam,
semangat peyatuan ummah dan muafakat nasional yang menyumbang kepada
kemenangan BN di Semenanjung tidak relevan di Kimanis.
“UMNO Sabah kemudiannya jatuh nazak selepas PRU 14 apabila hampir
semua wakil rakyat mereka keluar parti selepas kalah dalam pilihanraya
tersebut.
“Adakah UMNO dan BN Sabah telah pulih untuk menghadapi PRK Kimanis
ini? Saya tidak temui petunjuk itu,” kata Mohd Yusri dalam laporan
bertajuk Hipotesis Awal PRK Kimanis: Gelombang Semenanjung Terhenti di Borne, Warisan Memiliki Kelebihan di Kimanis.
Sementara itu dalam laporan kedua dengan judul PRK P176 Kimanis: Faktor Parti Kerajaan Bantu Warisan Menang,
Ilham Centre melihat faktor kelebihan sebagai parti pemerintah, peranan
“big men” yang memangkin peralihan undi penyokong Bersatu dan PHRS ke
Warisan, serta faktor parti lokal akan menyaksikan Warisan bakal keluar
selaku pemenang.
Namun keputusan pilihan raya yang diumumkan malam tadi nyata memihak
kepada Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya Datuk Mohamad Alamin
malah kemenangan itu lebih bermakna apabila BN berjaya mencatatkan
peningkatan majoriti daripada 156 undi yang diperoleh pada PRU14 kepada
2,029 undi.
Calon Warisan, Datuk Karim Bujang memperoleh 10,677 undi selepas selesai penjumlahan keseluruhan 70 peti undi.
Mengulas lanjut, Yusri berkata, bagi parti yang menang atau pun yang
kalah, keutamaan seharusnya difokuskan kepada kebajikan serta keperluan
rakyat.
“Tinjauan kami di sana menunjukkan rakyat masih hidup dalam tahap
sosio ekonomi (SES) terdesak yang perlu diberi perhatian oleh pihak
kerajaan dan pihak yang memenangi PRK ini.
“Sebagai contoh, sampai bila kita hendak melihat sebahagian penduduk
Bongawan mengharungi perjalanan yang begitu jauh hanya untuk
mengeluarkan duit RM50 kerana mesin ATM tiada di tempat mereka?
“Kemudahan ATM ini hanyalah satu contoh kecil di celah-celah ribuan
lagi isu kebajikan rakyat yang kami temui di Kimanis seperti bekalan
elektrik, bekalan air bersih, jalan berturap dan sebagainya yang perlu
diberi perhatian.
“Rakyat perlu disantuni sepanjang masa dengan jiwa yang luhur, bukan
sekadar digula-gulakan sewaktu musim pilihan raya,” katanya. –
MalaysiaGazette
Calon
BN, Datuk Mohamad Alamin (tengah) bersama Pengerusi BN, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan), Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri
Mohamad Hasan (kanan) serta pimpinan tertinggi yang lain hadir di Pusat
Penjumlahan Rasmi Undi bagi meraikan kemenangan sempena Pilihan Raya
Kecil (PRK) P. 176 Kimanis di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir,
Beaufort, Sabah. foto FAREEZ FADZIL
BEAUFORT – Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan
kelima dan kali ini di Parlimen Kimanis selepas berjaya dalam Pilihan
Raya Kecil di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.
Calon BN, Datuk Mohamad Alamin menang dengan majoriti 2,029 undi undi
menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang yang
memperoleh 10,677 undi selepas selesai penjumlahan keseluruhan 70 peti
undi.
Mohamad Alamin berjaya meraih 12,706 undi.
Jumlah majoriti itu meningkat berbanding Pilihan Raya Umum ke-14
iaitu 156 undi di mana ketika itu kerusi Kimanis dimenangi oleh Datuk
Seri Anifah Aman yang ketika itu bertanding atas tiket BN.
PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2
Disember lepas
mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu
yang membatalkan kemenangan bekas Men itu.
Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas
memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan
terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh
menjejaskan keputusan pilihan raya.
Karim ialah calon Warisan bagi kerusi itu pada PRU14, namun kalah
dengan majoriti 156 undi kepada Anifah, yang ketika itu bertanding atas
tiket BN.
Peratus
keluar mengundi setakat jam 4 petang ialah 76.14 peratus. Ini bermakna
peratus keluar mengundi akhir kemungkinan mencecah 80 peratus, sekali
gus paling tinggi dalam 10 PRK yang berlangsung selepas PRU ke-14.
PRK
terakhir yang menyaksikan jumlah keluar mengundi yang tinggi adalah PRK
Rantau pada April tahun, iaitu sebanyak 79.31 peratus.
Terima kasih kerana mengikuti liputan langsung pengundian PRK Kimanis bersama Malaysiakini.
Untuk liputan langsung keputusan PRK, ikuti kami di pautan ini: (klik di sini)
Bung Moktar syak ada pembelian undi
4.29 petang - Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin menimbulkan kebimbangan berlaku pembelian undi.
Beliau mendakwa aktivis BN melihat kira-kira 100 orang beratur di sebuah rumah di Bongawan, Kimanis.
"Sekitar
100 orang sedang berbaris di sebuah rumah hari ini, saya minta mereka
(pekerja parti saya) untuk mengambil gambar. Saya tidak tahu sama ada
mereka (yang beratur) dapat ganjaran atau tidak," katanya.
Ditekan
sama ada ia melibatkan wang, Bung berkata dia tidak pasti tetapi
mempersoalkan mengapa orang akan berbaris di sebuah rumah pada hari
pengundian.
"Kami tidak mempunyai bukti kerana kami tidak dibenarkan masuk
tetapi kami mengesyaki (ada pembelian undi) sebab itulah kami menghantar
peguam kami membuat laporan polis," katanya.
BN gesa penyokong keluar mengundi
3.45 petang - Sumber BN mempercayai bahawa lebih ramai penyokong BN keluar mengundi berbanding dengan peratusan keluar mengundi.
Mereka menganggarkan jumlah penyokong BN sekitar 7.5 peratus lebih tinggi daripada purata.
Bagaimanapun, ia masih kurang daripada sasaran mereka untuk 80 peratus keluar mengundi.
Pengundian hanya kira-kira lebih sejam saja lagi.
Lebih 70 peratus keluar mengundi
3 petang: Sebanyak 70.20 peratus keluar mengundi setakat jam 3 petang.
Peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil sebelum ini di Tanjung Piai adalah sebanyak 74.43 peratus.
Berbaki dua jam lagi, jumlah peratusan keluar mengundi di Kimanis mungkin mengatasi PRK Tanjung Piai.
Jumlah pengundi juga jauh lebih tinggi berbanding pilihan raya kecil Sandakan.
Sandakan,
yang merupakan pilihan raya kecil pertama di Sabah selepas pilihan raya
umum 2018, hanya menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.4
peratus.
Shafie puas hati perjalanan pilihan raya
12.30 tengah hari: Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berpuas hati dengan proses pengundian yang berjalan lancar pagi ini.
Beliau berharap proses demokrasi ini berlangsung dengan tenang bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab.
"Kita
minta semua turun mengundi menunaikan tanggungjawab," katanya ketika
ditemui di Sekolah Kebangsaan Kelatuan bagi memantau perjalanan pilihan
raya kecil (PRK) Kimanis.
SPR terima empat aduan kesalahan pilihan raya
10.34 pagi: Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menerusi Twitter memaklumkan menerima empat aduan
kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen.
Satu kesalahan membabitkan pemasangan bahan kempen pada premis awam yang didakwa dilakukan Warisan.
Satu lagi kesalahan didakwa dilakukan BN iaitu memasang bahan kempen di luar kawasan parlimen Kimanis.
Dua lagi didakwa dilakukan BN membabitkan pemasangan bahan kempen yang melanggar Seksyen A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
SPR juga memaklumkan sebanyak 28 laporan polis telah dibuat setakat jam 8 pagi ini.
Sementara itu, SPR berkata sebanyak 31.22 peratus telah keluar mengundi setakat jam 10 pagi.
Ringkasan MAKLUMAT Laporan Kesalahan Sepanjang Kempen Pilihan Raya
Kecil (PRK) Parlimen P.176 Kimanis, Sabah bertarikh kamu makin sukses 18
Januari 2020 pic.twitter.com/WfLXeYwpok & mdash; Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) 18 Januari 2020
Shafie lawat pusat mengundi
10.30 pagi - SMK Bongawan: Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan, Shafie Apdal melawat pusat mengundi dengan membonceng motosikal.
Najib kongsi video pengundi didakwa terima rasuah
9.30 pagi
- Bekas perdana menteri Najib Razak berkongsi rakaman video yang pada
asalnya disiarkan oleh Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki malam tadi.
Rakaman
video itu menunjukkan seorang pengundi warga tua yang berasal dari
Membakut mendakwa menerima sogokan RM385 dari Warisan pada malam sebelum
mengundi.
Tiga kembar teruja
9.15 pagi - SK Our Lady of Fatima, Batu 6: Tiga
pengundi kembar Zakaria Muhamud, Zaidi Muhamud dan Zaki Muhamud teruja
dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di PRK Kimanis hari ini.
Ditanya
mengenai harapan terhadap calon yang bertanding, Zakari berkata dia
berharap wakil rakyat yang dipilih nanti dapat menjalankan tugas dengan
amanah.
Pemuda berusia 34 tahun itu berharap agar lebih banyak
lagi peluang pekerjaan dapat ditawarkan buat anak muda serta masalah
pendatang tanpa izin dapat ditangani dengan berkesan.
9.14 pagi - SK Our Lady of Fatima, Batu 6 : Calon BN, Mohamad Alamin menunaikan kewajipannya sebagai salah seorang pengundi berdaftar di Kimanis.
Mohamad yang tiba dengan ditemani penyokongnya beramah mesra dengan orang ramai telebih dahulu sebelum mengundi.
Ketika ditemui media selepas itu, beliau meluahkan rasa berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung setakat pagi ini.
Tambah Mohamad, beliau berharap proses pengundian berjalan lancar sehingga selesai.
9 pagi- SK Kimanis: Calon Warisan, Karim Bujang tiba di pusat mengundi.
Kata Karim, beliau gembira kerana telah menunaikan kewajipannya sebagai salah seorang pengundi di situ.
"Saya lega kerana dua minggu tempoh kempen telah berakhir," katanya kepada media.
Beliau
berharap pengundi akan keluar awal untuk mengundi kerana hujan dijangka
pada sebelah petang seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Ramai pengundi keluar awal
8.10 pagi - SK Mandahan: Hampir seratus pengundi sudah tiba di pusat pengundian Kimanis Mandahan.
Mereka beratur sambil menunggu giliran untuk mengundi.
Bercakap kepada Malaysiakini, Asbi Ahmad berkata beliau dibawa ke pusat mengundi itu bersama-sama pengundi lain oleh seorang pemandu.
Katanya, pemandu berkenaan diberikan RM50 sehingga RM60 wang sagu hati untuk bayaran petrol bagi mengambil pengundi.
"Dalam kes kami, pemandu membawa 10 pengundi ke pusat mengundi," kata petani berusia 58 tahun itu.
Beliau
berkata bayaran itu dianggap berpatutan memandangkan daerah mengundi
itu adalah besar dan sesetengah mereka tinggal sejauh 10 kilometer dari
tempat mengundi.
"Selain itu, terdapat pengundi kurang upaya dan warga tua," katanya.
Beliau berkata sesetengah pengundi tinggal di luar Kimanis dan menetap sejauh 40 kilometer dari kawasan itu.
Namun, beliau enggan mendedahkan parti mana yang menampung kos pengangkutan untuk para pengundi berkenaan.
Asbi
berkata beliau akan mengundi Warisan kerana mahukan pembangunan dan
infrastruktur yang lebih baik, termasuk jalan berturap dan bekalan air
yang bersih.
Katanya, beliau memberikan kepercayaan penuh kepada
kerajaan untuk mengendalikan isu Pas Sementara Sabah (PSS) dan isu-isu
pendatang asing.
"Tidak mungkin kerajaan melakukan sesuatu yang menindas rakyat," katanya.
Proses pengundian bermula
7.30 pagi: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Kimanis bermula secara rasmi.
PRK Kimanis menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohamad Alamin dan Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah.
BN disokong oleh PAS dan parti pembangkang di Sabah manakala Warisan mendapat sokongan Pakatan Harapan (PH).
Kempen PRK Kimanis bermula pada 4 Jan dan berlangsung selama dua minggu.
Pilihan
raya kecil ini diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan
kemenangan Anifah Aman di Kimanis pada 2018 dengan alasan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) gagal mematuhi prosedur pilihan raya.
Anifah, yang mewakili BN, memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 156 undi.
Beliau
memperolehi 11,942 undi berbanding Karim yang memperolehi 11,786 undi,
manakala seorang lagi calon, Jaafar Ismail menerima 1,300 undi.
Terdapat seramai 29,664 pengundi yang layak mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
TIGA
pasangan kembar seiras mencuri tumpuan ketika hadir membuang undi di
Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu Enam, Kalatuan di Kimanis, hari ini
Tiga
beradik itu, Zaki, Zakaria dan Zaidi Mahamud yang berusia 33 tahun
turun mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Our Lady of Fatima, Kelatuan,
Kimanis.
Zaki
berkata, mereka tiba di PDM seawal 9.15 pagi dan bersyukur keadaan
cuaca yang baik, memandangkan semalam hujan lebat di daerah berkenaan.
“Cuaca hari ini amat baik, malah kami tidak lama untuk menunggu (untuk mengundi), semuanya lancar dan teratur.
“Semua
okay, daripada pihak polis dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semua
bagi kerjasama, tiada masalah,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Menurut Zaki, meskipun memiliki wajah seiras, rata-rata penduduk dan kenalan yang rapat dapat mengecam mereka.
Begitupun, katanya, sudah menjadi perkara biasa sekiranya ada yang keliru apabila bersua mereka.
“Kalau yang biasa (bertemu) seperti orang kampung di sini, memang sudah tahu (dapat mengenali).
“Melainkan,
kalau orang baharu (datang ke kampung), mereka mungkin keliru, tetapi
kerana orang baharu, kami kena tegur jugalah,” katanya.
Lokasi PDM Batu Enam Kalatuan itu turut menyaksikan calon BN, Datuk Mohamad Alamin membuang undi pada 9 pagi tadi.
Seramai 2,300 pengundi dijadualkan di PDM berkenaan yang membabitkan lima saluran mengundi.
Tangkap layar seorang pengundi dipercayai dalam Parlimen Kimanis yang mengaku disogok wang beli undi.
KIMANIS – Imej Parti Warisan Sabah (Warisan) agak tercalar
apabila dikaitkan politik wang susulan penularan klip video di media
sosial WhatsApp mendakwa menerima sogokan daripada dua wakil rakyat
didakwa daripada parti pemerintah itu.
Video berdurasi 1 minit 27 saat yang tular sejak awal pagi hari ini
menunjukkan seorang lelaki dewasa dipercayai berbangsa Brunei, Sabah
mengakui dia menerima RM385 semata-mata mahu membeli undi.
Bagaimanapun lelaki dalam video tersebut mengaku dia hanya akan
memangkah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis walaupun menerima bayaran.
“YB punya dua orang, YB Yang Berhormat ku potong dua-dua. Berapa kau dapat…RM385.
“BN tak boleh kacau, BN biar dia menang, aku ambil duit daripada orang Warisan, BN tak mau pakai duit, tahu menang sahaja.
“Kerana dia kerajaan baru, potong. Bukan aku kempen, sebab nak dapat
duit. Menang Datuk Mohamad Alamin. Kerajaan baru ini tak boleh pakai,”
kata lelaki dalam video klip itu. – MalaysiaGazette
KEPUTUSAN penuh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dijangka diketahui selewat-lewatnya pada 10 malam esok.
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun berkata,
pihaknya juga akan membawakan perkembangan keputusan tidak rasmi dari
semasa ke semasa selepas pengiraan undi tamat di setiap saluran
mengundi.
"Di
jangka keputusan dapat diketahui selewat-lewatnya pada 10 malam tetapi
kita akan siarkan keputusan tidak rasmi dari semasa ke semasa selepas
pengiraan undi tamat di setiap saluran dan borang 14 ditandatangani
semua pihak yang terbabit," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui media di Program Semakan Isi Peti Undi
dan Agihan Peralatan Mengundi kepada Ketua Tempat Mengundi di Dewan
Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort hari ini.
Azhar berkata, jumlah petugas SPR yang akan bertugas esok seramai 650 orang.
"Seramai 29,618 pengundi akan menunaikan tanggungjawab itu di 68 saluran mengundi membabitkan sebanyak 19 pusat mengundi.
"Kita akan membuka pusat pengundi lebih awal iaitu pada 7.30 pagi esok," katanya.
Sehubungan itu, Azhar meminta pengundi dapat keluar lebih awal dan tidak berlengah untuk mengundi.
"Saya
juga menyeru kepada penyokong supaya berhenti untuk berkempen pada 12
tengah malam ini dan tidak dibenarkan memakai baju logo parti dan gambar
calon dalam kawasan 100 meter dari pusat mengundi.
"Begitu juga
acara kempen patut dihentikan pada 12 tengah malam ini...bukan sahaja di
kawasan ini tetapi di media sosial," katanya.
Menurutnya, penyokong kedua-dua parti yang bertanding diminta supaya tidak membuat sebarang provokasi antara satu sama lain.
"Saya percaya rakyat Sabah tidak berbuat demikian kerana mereka lebih matang dan harap perkara ini tidak berlaku," katanya.
Pemimpin pembangkang pada satu ceramah di Kimanis, malam tadi.
KIMANIS: Kemunculan ramai pemimpin utama pembangkang pada satu
ceramah di sini malam tadi menarik jumlah hadirin terbesar sempena
pilihan raya kecil (PRK) Kimanis setakat ini, menjelang hari pengundian 2
hari lagi.
Antara yang hadir pada “Himpunan Penyatuan Muafakat Rakyat Sabah” itu
termasuklah presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, pengerusi Umno Sabah Bung
Mokhtar Radin, presiden MCA Wee Ka Siong, presiden PBS Maximus Ongkili,
penasihat ulung PBS Joseph Pairin Kitngan, timbalan presiden Parti
Bersatu Rakyat Sabah Arthur Kurup, setiausaha agung PAS Takiyuddin
Hassan dan bekas ahli Parlimen Kimanis Anifah Aman.
Penceramah menggesa lebih 1,000 hadirin supaya mengundi calon Barisan
Nasional (BN) Mohamad Alamin dan menolak rancangan kerajaan untuk
melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS) bagi pendatang asing.
Pairin, yang jarang-jarang muncul sejak bersara daripada politik pada
2016 menafikan dakwaan bahawa kerajaan BN memberi lampu hijau kepada
rancangan PSS.
Bekas ketua menteri itu berkata, beliau tidak meluluskan rancangan
tersebut ketika menjadi pengerusi jawatankuasa teknikal untuk mengkaji
syor bagi mengatasi masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
Sebaliknya beliau hanya mencadangkan penubuhan sebuah sekretariat
bagi menangani isu itu kepada Zahid, yang merupakan timbalan perdana
menteri pada masa itu.
Parin berkata, rakyat Sabah harus “bangkit” apabila mendapati hak mereka diancam.
“Kita tidak boleh membenarkan kumpulan tertentu berpihak kepada orang
asing dan menafikan hak rakyat di negara mereka sendiri,” katanya
merujuk kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Jika kita benarkan mereka berbuat begitu, masa depan dan kedaulatan
negeri ini akan tergugat. Ini negeri kita dan kita mesti menjaga masa
depan kita.”
Zahid mengiyakan Pairin dengan berkata, terdapat 6 bekas menteri
Kabinet kerajaan BN pada majlis ceramah itu yang boleh mengesahkan
bahawa BN tidak pernah meluluskan rancangan PSS.
Hadirin dianggarkan melebihi 1,000 orang mendengar ceramah BN di Kimanis.
Sementara itu Anifah berkata, tidak ada undang-undang yang menafikan kerakyatan anak-anak pemegang PSS.
Katanya beliau telah berbincang dengan peguam yang mengesahkan
perasaan syaknya bahawa anak-anak tersebut tidak akan dinafikan
kerakyatan.
‘Idea pegawai daerah dicadangkan oleh BN’
Wee berkata, rancangan penubuhan pejabat daerah Kimanis yang
diumumkan oleh presiden Warisan Shafie Apdal baru-baru ini sebenarnya
dicadangkan semasa pentadbiran BN di Sabah pada 2011.
Beliau juga berkata, tidak ada pemimpin Warisan yang mengkritik PH yang “merugikan” Sabah.
Sebagai contoh katanya, pengiraan royalti minyak adalah didasarkan
kepada keuntungan kasar syarikat minyak negara, Petronas, bukannya
output sebenar minyak dan gas negeri itu.
Selain itu kata beliau, PH juga gagal memperuntukkan satu pertiga
daripada Belanjawan 2020 kepada Sabah dan Sarawak seperti dijanjikan
dalam manifesto pilihan rayanya.
PRK Kimanis pada 18 Januari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Warisan dan BN. - Foto Bernama
KIMANIS - Sebanyak dua kesalahan pilihan raya direkodkan
sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis sehingga
semalam, sejak proses penamaan calon pada 4 Januari lepas.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) memaklumkan dua kesalahan itu direkodkan oleh
Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) dan diambil tindakan
berdasarkan kepada lawatan dan pemantauan PP-KPR sepanjang 11 hari
kempen, semalam.
“Salah satu kesalahan itu adalah pemasangan
bahan kempen pada premis awam (sekolah) melibatkan satu parti yang
bertanding,” menurut SPR dalam satu kenyataan menerusi akaun rasmi
Twitter suruhanjaya itu hari ini.
Sementara itu, satu lagi
kesalahan ialah pemasangan bahan kempen di luar kawasan Parlimen Kimanis
yang melibatkan satu parti yang bertanding.
Kenyataan itu turut menyebut sebanyak 16 laporan polis diterima setakat semalam.
“Dua
laporan (polis) yang diterima itu adalah mengenai perasaan tidak puas
hati terhadap pemasangan bahan kempen yang didakwa memaparkan kenyataan
negatif dan meminta pihak bertanggungjawab menurunkan bahan kempen
tersebut,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, laporan polis
melibatkan pelbagai kesalahan termasuk kenyataan berunsur fitnah dan
ucapan berbaur hasutan turut dilaporkan.
Kenyataan itu turut
memaklumkan, setakat semalam tiada laporan dibuat kepada SPRM dan
sebanyak 63 ceramah atau program telah dipantau PP-KPR.
PRK
Kimanis pada Sabtu ini (18 Januari) menyaksikan pertandingan satu lawan
satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang yang
akan ditentang Datuk Mohamad Alamin daripada Barisan Nasional. - Bernama