Sebahagian
PATI yang ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili di
kawasan berhampiran Kompleks Rakan Muda, Desaru di Kota Tinggi.
KOTA TINGGI – Seramai 23 lelaki dan 10 wanita pendatang asing
tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia ditahan ketika cuba menyeludup
keluar dan masuk ke negara ini melalui kawasan tidak diwartakan
berhampiran Kompleks Rakan Muda, Desaru di sini malam tadi.
Mereka yang berusia antara 20 hingga 45 tahun ditahan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung
Sedili dalam dua operasi kira-kira 12 tengah malam.
Menurut Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim
Mohd. Zulfadli Nayan, dalam tangkapan itu juga, salah seorang wanita
yang ditahan mendakwa dia dipukul oleh sindiket terlibat.
Selain itu, tambahnya, wanita itu turut mendakwa terdapat percubaan merogol oleh ahli sindiket ke atas dirinya. Wanita
Indonesia yang didakwa dipukul sindiket PATI yang ditahan Maritim
Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili di kawasan berhampiran Kompleks
Rakan Muda, Desaru di Kota Tinggi, Johor.
“Penahanan pertama pada 12.05 malam melibatkan 12 lelaki dan lima
wanita yang baru tiba di pesisir pantai manakala tangkapan kedua
membabitkan 11 lelaki dan lima wanita yang ditahan di dalam belukar
berhampiran pada jam 12.45 malam,” katanya.
Tambahnya, mereka yang ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959 /
63 iaitu cuba masuk / keluar Malaysia melalui pintu yang tidak
diwartakan dan boleh disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia
dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2010.
Mohd. Zulfadli berkata, pesisir pantai Desaru merupakan laluan hot
spot bagi penyeludupan PATI di mana seramai 125 orang ditahan pada 2018
dan 117 orang pada tahun lepas. – MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan