Ahad, 5 Januari 2020

Nampak sangat orang politik tidak boleh ditegur – Musa Hassan

Nizam Zain
Tan Sri Musa Hassan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bercakap pada Program Bicara Isu Hukuman Mati di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
 
 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak menolak kemungkinan wujud rasa kurang senang segilintir pemimpin politik terhadap kenyataan Raja Permaisuri Agong disebabkan mereka tidak boleh menerima teguran.

Musa juga mempersoalkan kritikan sesetengah pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang beranggapan teguran pihak Istana itu sebagai mencampuri urusan politik sedangkan hak bersuara dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Ada yang tak setuju bila DYMM Permaisuri Agong membuat kenyataan, dianggap mencampuri urusan politik.

“Adakah pertanyaan ini mencampuri urusan politik? ,Nampak sangat orang politik tidak boleh ditegur. Perjuangan Hak Kebebasan Bersuara hanya untuk ahli politik dan kuncu-kuncu mereka,” katanya ketika menciap di Twitter miliknya, hari ini.

Semalam, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Mahmud Iskandariah menerusi laman Twitter miliknya membicarakan mengenai tulisan Jawi.

Menerusi satu ciapan yang dikongsikan oleh Tunku Azizah, tulisan Jawi telah menggegarkan negara kerana dikatakan semua takut kepadanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: