Sabtu, 18 Januari 2020

Mesyuarat PKR tak bincang desakan pecat Zuraida

   
Johari Abdul dilihat cuba meredakan ketegangan antara kumpulan  
pro dan anti Zuraida Kamaruddin di luar ibu pejabat PKR hari ini. 


PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini tidak membincangkan desakan untuk memecat Zuraida Kamaruddin.

“Ini cuma mesyuarat MPP yang biasa, saya pun tidak tahu mengada ada perhimpunan di sini hari ini.
(Timbalan Presiden PKR) Azmin (Ali) tidak hadir. Namun MPP ambil maklum himpunan ini,” katanya di ibu pejabat PKR.

Chang dan pemimpin PKR lain, termasuk Johari Abdul dilihat cuba meredakan ketegangan antara kumpulan penyokong dan pendesak Zuraida dipecat, di luar ibu pejabat parti hari ini.

Desakan memecat menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu timbul selepas bekas ketua Wanita PKR itu didakwa menghina ahli parti dan mendedahkan butiran perbualannya dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: