KUALA LUMPUR – Kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke Kedah hari ini nampak mendapat respon Datuk Mahfuz Omar.
Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena itu pada mulanya ‘memperli’ Najib.
Lama dah badut sarkas tak mai main kat Pokok Sena. Terima kasihla Datuk Seri mai, dapat la juga sarkas free.” tulisnya di hantaran Facebook Najib hari ini.
Bagaimanapun Najib dalam sempat memberi respon mengenainya dan memuatnaik tangkap layar balasan Mahfuz itu.
“Can I advise you something? Jadi pemimpin kena steady. Saya datang minum pun dah goyang? Teruskanlah main Ultraman,” sindir Najib kepada Mahfuz.
Main Ultraman itu merujuk kepada laporan berita dan gambar Mahfuz ‘bawa’ Ultraman masuk sekolah bagi menarik perhatian murid-murid tahun satu pada hari pertama sesi persekolahan di Alor Setar baru-baru ini.
Sebelum itu, selain Mahfuz pemimpin Parti Amanah lain seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan Najib juga sering ‘sindir menyindir’ menerusi media sosial.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan