Isu UEC, tulisan jawi senyap, hanya lantang kritik Najib di Parlimen
BANGI – Sekiranya Dr Maszlee Malik bertegas mengenai isu tulisan jawi dan
Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sudah cukup untuk melonjakkan namanya,
kata Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Beliau berkata, bekas Menteri Pendidikan
itu bagaimanapun lebih suka mengambil pendekatan senyap, bahkan hanya
lantang di Parlimen dengan menggelar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak sebagai perompak.
“Sama ada Maszlee menjadi menteri atau
tidak, sistem pendidikan masih memihak kepada pendidikan kebangsaan,
tetapi lebih kepada pendidikan vernakular. Yang untung bukan sekolah
kebangsaan, tetapi jenis kebangsaan.
“Dalam kata lain, ultra kiasu menang
besar, ketika Maszlee masih menjadi menteri, dan sudah tentu paling
besar kemenangan apabila meletak jawatan,” katanya menerusi akaun
Facebook.
Terdahulu, Maszlee mengumumkan meletak
jawatan sebagai Menteri Pendidikan, berkuat kuasa hari ini. Keputusan
itu dibuat selepas mendapat nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, pada pertemuan semalam.
“Saya dengan taat setia dan reda walaupun
berat, dengan nasihat ayahanda Perdana Menteri, saya Maszlee Malik
memulangkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana
Menteri berkuat kuasa pada 3 Januari 2020 (hari ini).
“Keputusan ini dibuat selepas saya
dilihat bukan melalui pencapaian. Kementerian Pendidikan sering jadi
perhatian terutama media bukannya melalui pencapaian kita, apa yang
berlaku selama 20 bulan ini yang tidak dicapai pada tahun (kepemimpinan)
sebelum ini.
“Saya dilihat menimbulkan banyak krisis
kepada kepemimpinan terutama membabitkan isu tulisan Jawi, internet
sekolah dan sarapan percuma, dan saya percaya keputusan ini bukan
pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan baharu,” katanya.
Mengulas lanjut, Ridhuan Tee berkata,
kesilapan besar dilakukan bekas Menteri Pendidikan itu kerana terlalu
mahu menjaga ultra kiasu, dengan harapan golongan itu akan menyokongnya.
“Nampaknya, Maszlee silap. Beliau tidak
kenal siapa ultra kiasu seperti yang selalu saya nasihatkan. Akhirnya,
ultra kiasu ini juga yang menjatuhkan kamu.
“Apapun saya boleh beri kredit kepada
penambahbaikan yang dibuat di sekolah yang membebankan guru. Hatta,
isteri saya sebagai guru terasa juga keringanan bebanan di sekolah.
Terima kasih Cikgu Maszlee,” kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan