Seorang pemandu van warga tempatan maut dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi, manakala penumpangnya yang merupakan juara Malaysia Masters, Kento Momota cedera.
Pemandu tersebut dikenal pasti sebagai Bavan Nageswarau.
Turut cedera penolong jurulatih Kento, Hirayama Yu, pakar fisio Morimoto Arkifuki dan pengendali sistem badminton dari England, William Thomas.
Laporan
awal Jabatan Bomba dan Penyelamat menjelaskan bahawa insiden tersebut
yang turut melibatkan lori berlaku di sepanjang Maju Expressway menuju
ke Putrajaya.
Bagaimanapun, selepas kemalangan, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya.
Sementara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menzahirkan rasa sedih susulan insiden yang berlaku membabitkan beberapa pemain tersebut.
Persatuan itu turut memaklumkan beberapa kecederaan ringan yang dialami pemain selepas mendapat rawatan di hospital.
“Pemandu van, N Bavan meninggal dunia, sementara ahli pasukan badminton Jepun, Kento Momota (mengalami luka kecil di muka dan keretakan hidung), penolong jurulatih Hirayama Yu (luka di perut dan lengan kanan).
"Pakar fisio Marimoto Akifuki (gegar otak) dan William Thomas (luka di atas dahi) tetapi (pemain) berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Selain itu, BAM juga berkata akan bekerjasama rapat dengan Malaysia dan Hospital Putrajaya untuk memastikan pemain mendapat perkhidmatan perubatan yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan