Isnin, 13 Januari 2020

AMK pandang serius penahanan anggota AMK

Wartawan MalaysiaGazette
 MGF16052018_LENSA-HIMPUNAN-MERDEKA05




KUALA LUMPUR – Biro Disiplin Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius terhadap penahanan Mohd Akmal Hisyam Ahmad Tamyiz dalam satu operasi polis pagi semalam.
Mohd Akmal Hisyam adalah Anggota Majlis Pimpinan Pusat AMK.

Pengerusi, Biro Disiplin AMK, P. Arvindran berkata, parti itu akan mengkaji sama ada terdapat perlanggaran Kod Tata Etika Anggota, mana-mana peruntukan Perlembagaan Parti atau Peraturan AMK dalam kes ini sementara menunggu kenyataan daripada pihak polis.

Jelasnya, Biro Disiplin AMK sentiasa komited dalam memastikan semua anggota parti tidak terlibat dalam jenayah dan sentiasa mematuhi undang-undang negara, perlembagaan dan tata etika parti. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: