BernamaKetua
Polis Johor Kamarudin Md Din berkata, setakat ini hanya tiga kertas
siasatan dibuka ke atas 24 aduan yang diterima. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU: Polis setakat ini menerima 24 laporan berkaitan pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai.
Ketua Polis Johor, Mohd Kamarudin Md Din bagaimanapun berkata, sehingga kini hanya tiga yang dibuka kertas siasatan.
Beliau berkata, antara kes yang dibuka kertas siasatan, termasuk kes
bendera parti yang dilaporkan dicabut di sekitar Kampung Baru Permas dan
kes berkaitan kenyataan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengenai kes
basikal lajak, katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena
Majlis Perhimpunan Bulanan PDRM Johor di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata, dua kes daripadanya dirujuk kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.
Dalam perkembangan sama, Mohd Kamarudin berkata, pihaknya
menjangkakan kempen pilihan raya menjadi semakin agresif menjelang hari
pengundian pada 16 November nanti.
“Kita tidak mahu kempen seperti melakukan provokasi antara satu sama
lain yang boleh mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.
Kita harapkan proses kempen yang menggunakan kenderaan mendapatkan
permit daripada pihak polis supaya kerja-kerja pemantauan mudah
dilakukan,” katanya lagi.
Beliau dalam pada itu turut berkata, polis menyediakan 3,050 anggota yang akan bertugas sekiranya berlaku bencana banjir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan