MOHD NASIR ABDULLAH
KERAJAAN Terengganu baru selesai membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan Membina Generasi Terengganu Sejahtera
yang telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjumlah RM1.83B. Tetapi berapa ramai yang
perasan apa yang hebat dan tenang yang ada dalam Dun Terengganu? Mari
saya tunjukkan.
Hebat
Dun Terengganu
hebat kerana di dalamnya ada tiga orang Menteri Besar, satu penyandang
(Rhu Rendang), dua lagi mantan (Kijal dan Seberang Takir), tiada dalam
Dun negeri lain tiga orang MB bersama seperti ini.
Bertambah
hebat bila ada 10 orang memegang jawatan Exco sekarang (Chukai, Paka,
Alur Limbat, Bukit Payong, Kuala Berang, Ladang, Wakaf Mempelam, Bukit
Tunggal, Jabi dan Kota Putera).
Enam orang bekas Exco (Jerteh,
Hulu Besut, Permaisuri, Telemong, Bukit Besi dan termasuk YB Dato
Speaker). Hanya ada 10 Adun yang pertama kali masuk dewan daripada 32
kerusi (Kota Putera, Jabi, Wakaf Mempelam, Bandar, Batu Burok, Ajil, Rhu
Rendang, Pengkalan Berangan, Kemasik dan Air Putih).
Bermakna
boleh disimpulkan Dun Terengganu adalah Dun yang sangat berpengalaman
dengan adanya iaitu separuh daripada Adun-adun sedang dan pernah menjadi
dan memerintah Kerajaan Terengganu. InsyaAllah Terengganu akan menjadi
Dun paling matang dalam persidangan mereka.
Tenang
Dun Terengganu tenang kerana tiada wakil PH. Sama seperti Kelantan.
Cuba bayangkan orang PH ada di dalam Dun Terengganu, pastinya akan
menjadi caca marba persidangannya, seperti di Parlimen, Melaka dan
Perak.
Kita boleh lihat perangai Jelutong di Parlimen, yang
banyak kali Speaker meluat dengannya, menyuruh menarik balik perkataan
yang tidak sesuai. Lihat kelakuan Pengkalan Batu, Exco Pertanian Melaka,
sehingga Speaker Dun sendiri menyindir beliau sebagai Juara Penembak
Babi. Manakala Speaker di Perak pula sering menggunakan kuasanya bagi
memberikan peluang kepada PH dan menyekat MN. Mahukah anda semua Dun
kita jadi begitu?
Jadi jika anda, rakyat Terengganu, cintakan
ketenangan, ingin membantu Adun-adun kita bekerja dalam keadaan baik dan
selesa, pastikan tiada wakil PH dalam Dun kita. InsyaAllah Adun-adun
Muafakat Nasional akan lebih fokus membantu rakyat tanpa gangguan PH.
Terima kasih kepada MB yang memberikan peruntukan RM250 ribu kepada
semua 10 Adun BN bagi kepentingan rakyat. HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan