TUAN IBRAHIM TUAN MAN
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak Wisma Putra
menyatakan pendirian tegas ke atas China ekoran pendedahan satu dokumen
setebal 400 muka surat melibatkan nasib golongan minoriti umat Islam
Uighur. Dokumen tersebut didedahkan oleh New York Times dan mengandungi ucapan Presiden China Xi Jinping pada tahun 2014.
China telah menahan lebih satu juta umat Islam Uighur dalam sebuah kem
di Wilayah Xinjiang lebih tiga tahun lalu. Beberapa pertubuhan hak asasi
manusia antarabangsa telah menyifatkan penahanan tersebut sebagai satu
tindakan doktrinisasi pro Komunis dan menzalimi keras umat Islam tanpa
melalui proses perbicaraan yang adil.
Menurut New York Times, antara lain dokumen tersebut menyatakan, Presiden China memberitahu pemimpin partinya bahawa mereka perlu bertindak ‘be as harsh as them and show absolutely no mercy’ ke atas penduduk Uighur. Dokumen itu mengesahkan telah berlaku satu kezaliman ke atas jutaan umat Islam Uighur.
Justeru, PAS mahu Kerajaan Persekutuan menyatakan pendirian dan
menghantar nota bantahan ke atas China kerana ia jelas telah melanggar
hak asasi manusia dan menghapus umat Islam secara sistematik.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian) HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan