Penyokong Indonesia yang mendakwa diserang sekumpulan penyokong Malaysia telah membuat laporan polis susulan kejadian itu.
Bagaimanapun kejadian itu dilapor berlaku sehari sebelum pertemuan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa lalu dan bukannya selepas perlawanan.
Kedutaan
Indonesia di Kuala Lumpur berkata penyokong tersebut- yang dikenalpasti
bernama Fuad Naji- melaporkan kejadian itu kepada kedutaan, beberapa
jam sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
“Serangan itu terjadi di Bukit Bintang dan ya, mangsa telah membuat laporan polis pada 19 Nov," kata kaunselor Kedutaan Indonesia, Yusron B Ambary kepada Malaysiakini.
Kenyataan ini bercanggah dengan rakaman video selama 48 saat yang tular di media sosial dan didakwa berlaku setelah kemenangan Malaysia 2-0 ke atas Indonesia.
“Bagi memastikan siasatan kes ini dapat dilakukan
dengan secara menyeluruh, PDRM (Polis Diraja Malaysia) menggesa
individu yang menjadi mangsa sebagaimana dipaparkan dalam video itu
untuk tampil membuat laporan polis,” kata Huzir dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Yusron turut menjelaskan kedutaan dimaklumkan dari ketua penyokong Indonesia di Malaysia -pada pagi 19 Nov- bahawa salah seorang penyokong mereka diserang di Bukit Bintang pada malam sebelumnya.
“Kami diberitahu mangsa turut hilang beg yang mengandungi passport dan beberapa dokumen lain.
“Langkah pertama kami adalah untuk meminta mangsa hadir ke kedutaan supaya dapat proses dokumen perjalanan kecemasan,” kata Yusron pada sidang media di kedutaan semalam seperti dilapor stesen televisyen Indonesia, TV One.
Tambah Yusron, difahamkan penyokong tersebut sudah pulang ke Indonesia.
Selepas video 48 saat itu tular, Yusron berkata dia dimaklumkan oleh penyokong dan saksi yang ada ketika kejadian.
"Berdasarkan maklumat, kedutaan telah menghantar nota bantahan ke kementerian luar negeri Malaysia dan mendesak tindakan terhadap pihak-pihak yang didapati bertanggungjawab atas kejadian itu.
"Bukti dalam bentuk video dan laporan polis oleh mangsa juga diserahkan buat tindakan lanjut," kata Yusron.
Media Indonesia awal minggu ini melaporkan kementerian belia dan sukan republik telah menghantar nota bantahan kepada setiausaha kementerian belia dan sukan Malaysia.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi akaun media sosialnya masih belum memberi reaksi mengenai permintaan Indonesia agar beliau membuat permohonan maaf.
Sebaliknya Syed Saddiq meminta mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun kejadian itu dilapor berlaku sehari sebelum pertemuan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa lalu dan bukannya selepas perlawanan.
“Serangan itu terjadi di Bukit Bintang dan ya, mangsa telah membuat laporan polis pada 19 Nov," kata kaunselor Kedutaan Indonesia, Yusron B Ambary kepada Malaysiakini.
Kenyataan ini bercanggah dengan rakaman video selama 48 saat yang tular di media sosial dan didakwa berlaku setelah kemenangan Malaysia 2-0 ke atas Indonesia.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir
Mohamed berkata pihak polis kini sedang menyiasat video berkenaan dan
siasatan awal menunjukkan kejadian itu tidak berlaku di Stadium
Nasional.
Sementara itu, Yusron turut menjelaskan kedutaan dimaklumkan dari ketua penyokong Indonesia di Malaysia -pada pagi 19 Nov- bahawa salah seorang penyokong mereka diserang di Bukit Bintang pada malam sebelumnya.
“Kami diberitahu mangsa turut hilang beg yang mengandungi passport dan beberapa dokumen lain.
“Langkah pertama kami adalah untuk meminta mangsa hadir ke kedutaan supaya dapat proses dokumen perjalanan kecemasan,” kata Yusron pada sidang media di kedutaan semalam seperti dilapor stesen televisyen Indonesia, TV One.
Tambah Yusron, difahamkan penyokong tersebut sudah pulang ke Indonesia.
Selepas video 48 saat itu tular, Yusron berkata dia dimaklumkan oleh penyokong dan saksi yang ada ketika kejadian.
"Berdasarkan maklumat, kedutaan telah menghantar nota bantahan ke kementerian luar negeri Malaysia dan mendesak tindakan terhadap pihak-pihak yang didapati bertanggungjawab atas kejadian itu.
"Bukti dalam bentuk video dan laporan polis oleh mangsa juga diserahkan buat tindakan lanjut," kata Yusron.
Media Indonesia awal minggu ini melaporkan kementerian belia dan sukan republik telah menghantar nota bantahan kepada setiausaha kementerian belia dan sukan Malaysia.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi akaun media sosialnya masih belum memberi reaksi mengenai permintaan Indonesia agar beliau membuat permohonan maaf.
Sebaliknya Syed Saddiq meminta mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan