Presiden Amanah Mohamad Sabu menafikan wujud unsur sabotaj di Melaka
apabila usul untuk melantik Pengerusi PKR negeri itu, Halim Bachik
sebagai senator gagal.
"Tidak, tidak. Itu biasa berlaku dalam mana-mana kerajaan," kata Mohamad Sabu kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Kerajaan negeri Melaka diketuai oleh Adly Zahari dari Amanah.
Usul kerajaan negeri Melaka untuk melantik Halim sebagai senator pada Isnin lalu gagal apabila dua wakil rakyat PKR - Ginie Lim (Machap Jaya) dan Muhamad Jailani Khamis (Rembia) - tidak hadir semasa pengundian dijalankan.
Terdapat
spekulasi bahawa perkara itu berlaku disebabkan perbalahan dalaman PKR,
namun perkara itu dinafikan Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd
Akin.
Presiden Anwar Ibrahim juga berkata beliau akan berhubung dengan kedua-dua Adun berkenaan mengenai perkara itu.
Mohamad Sabu menegaskan perkara itu telah diselesaikan PKR, manakala kerajaan negeri Melaka masih stabil dan selamat.
"PKR telah membuat tindakan.
"Kerajaan (negeri) masih selamat. Tidak apa. Masalah itu diselesaikan PKR," katanya.
"Tidak, tidak. Itu biasa berlaku dalam mana-mana kerajaan," kata Mohamad Sabu kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Kerajaan negeri Melaka diketuai oleh Adly Zahari dari Amanah.
Usul kerajaan negeri Melaka untuk melantik Halim sebagai senator pada Isnin lalu gagal apabila dua wakil rakyat PKR - Ginie Lim (Machap Jaya) dan Muhamad Jailani Khamis (Rembia) - tidak hadir semasa pengundian dijalankan.
Presiden Anwar Ibrahim juga berkata beliau akan berhubung dengan kedua-dua Adun berkenaan mengenai perkara itu.
Mohamad Sabu menegaskan perkara itu telah diselesaikan PKR, manakala kerajaan negeri Melaka masih stabil dan selamat.
"PKR telah membuat tindakan.
"Kerajaan (negeri) masih selamat. Tidak apa. Masalah itu diselesaikan PKR," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan