Oleh Athirah Huda Zalhe
Alkohol boleh rembes hormon endorfin dorong minum banyak kali
BANGI
– Tiada istilah selamat bagi mana-mana individu yang mengambil alkohol
walaupun dalam jumlah kecil kerana ia tetap menyumbang kepada sifat
ketagihan mental, kata Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan
Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Prof Dr Azizi Ayob.
Beliau
berkata, dalam perubatan, alkohol boleh merembeskan hormon tertentu
seperti endorfin yang mendorong individu untuk mengambil arak berulang
kali.
Katanya
lagi, disebabkan itu sesetengah negara tidak membenarkan rakyat
mengambil arak jika memandu, walaupun hanya secawan kerana terdedah
kepada risiko kemalangan.
“Bahkan,
larangan itu juga bukan hanya kepada pemandu sahaja, tetapi juga
penumpang kenderaan kerana keadaan mabuk juga akan mempengaruhi pemandu
dan membawa kepada kemalangan,” katanya ketika menjadi tetamu dalam
rancangan temu bual Analisis di TV Al-Hijrah, malam ini.
Mengulas
lanjut, Dr Azizi menjelaskan, arak mempunyai tiga kategori berbeza
bergantung jumlah kepekatan alkohol dalam minuman yang disediakan.
“Sepert
beer, ia dijual secara mudah tanpa perlu lesen kerana di Malaysia juga
dibenarkan dijual dalam tin, di mana alkoholnya tiga hingga enam
peratus.
“Kedua
adalah wine, di mana penjualannya memerlukan lesen daripada PBT (pihak
berkuasa tempatan) kerana kandungan alkoholnya 11 hingga 14 peratus.
“Ketiga
adalah liqour, di mana jika diambil 10ml (mililiter) separuh daripada
itu adalah kandungan alkohol. Bermakna, kepekatannya sangat tinggi,”
katanya.
Oleh
kerana itu, Dr Azizi berkata, berlaku isu di mana 32 orang maut akibat
minum arak murah dan tanpa jenama tahun lalu, disebabkan oleh kandungan
alkohol yang terlalu tinggi sehingga membunuh.
“Sehinggakan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kematian paling tinggi
berlaku di Malaysia akibat daripada minum arak,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan