Oleh Athirah Huda Zalhe
Veteran ATM menangis bila tahu mayat pengkhianat pulang ke Malaysia
BANGI– Jangan permainkan perjuangan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
yang sanggup berkorban nyawa ketika tempoh darurat demi mengekalkan
keamanan dan kemakmuran negara.
Demikian
tegas Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia, Sani Osman yang mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu membawa masuk abu mayat bekas
pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia.
Beliau
berkata, tiada guna jika veteran ATM diberikan pingat jasa jika musuh
yang telah menggugat keamanan negara disanjung seperti pejuang, bahkan
dibenarkan kembali ke negara ini walaupun hanya sekadar abu mayat.
“Walaupun
abunya hanya sebesar zarah pun, kami tidak benarkan ia dibawa masuk.
Tindakan itu bukan hanya menghina pejuang ATM tetapi juga negara kerana
ianya dibawa masuk ketika kita menyambut Hari Malaysia.
“Veteran-veteran
ATM menangis apabila mengetahui berita ini semalam, apatah lagi ia
sudah dua bulan berlalu. Sudah bertahun Chin Peng duduk di Thailand,
biarlah dia di sana, tak perlu nak dibawa masuk pengkhianat balik ke
negara ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Semalam,
rakyat digemparkan dengan laporan berita bahawa abu mayat Chin Peng atau
nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa masuk ke negara ini dua bulan lalu,
selepas enam tahun kematiannya.
Abu
mayatnya dilaporkan tiba di Ipoh pada 16 September lalu dan ditaburkan
di laut berhampiran Lumut, Perak serta sebahagian lagi di kawasan hutan
banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.
Kesal
dengan perkara itu, Sani mempersoalkan tindakan kerajaan sekarang
terhadap isu berkenaan, sedangkan pentadbiran terdahulu sudah
mengeluarkan larangan supaya tidak membawa masuk abu mayat Chin Peng
pada tahun 2013.
“Veteran
dulu berjuang sehingga putus kaki dan tangan yang tidak boleh diganti
dan kekal sehingga hari ini kerana pengganas komunis yang diketuai Chin
Peng. Kenapa kerajaan seperti lupa jasa mereka?
“Kerajaan
sekarang bukanlah kerajaan Malaysia tetapi komunis, kerana mengagungkan
pengganas dan menjulang pengkhianat negara. Bahkan, alasan Timbalan
Menteri Dalam Negeri yang tidak mengetahui perkara itu juga adalah
alasan bodoh,” katanya.
Sani
berkata, pihaknya kini sedang berbincang untuk mempertahankan maruah
veteran ATM dan tidak menolak kemungkinan mendesak Yang di-Pertuan Agong
supaya campur tangan.
“Tindakan
perlu diambil oleh YDPA dengan cara membubarkan kerajaan. Saya bukan
bercakap atas dasar politik, tetapi perjuangan veteran ATM.
“Jangan
jolok sarang tebuan. Selama ini kita ikut telunjuk sahaja, ingat kita
apa? Manusia yang boleh diikat dan diheret sesuka hati. Tolonglah jangan
perbodohkan kami dan rakyat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan