Ahad, 24 November 2019

MP UMNO yang lompat parti dipandang seperti ‘najis mughallazah’

Shawaliah Hadir
MGF23112019_PELANCARAN-MUAFAKAT-NASIONAL-SELANGOR07
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir pada Pelancaran Muafakat Nasional Peringkat Negeri Selangor di KKC D Laman Cinta, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI,
 

SHAH ALAM – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beberapa pemimpin UMNO yang meninggal parti itu dianggap oleh masyarakat setempat sebagai ‘najis mughallazah’ yang tidak wajar disentuh.

Dalam islam mughallazah merupakan najis paling berat yang wajib disamak atau sertu jika terkena.
Selain itu, mereka itu juga mendakwa  tidak dipedulikan dalam Pakatan Harapan (PH) selepas lompat parti hingga menyebabkan ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin tersebut menyesali tindakan sendiri.

“Ada dalam kalangan mereka balik ke kawasan, negeri, solat Jumaat, tidak ada orang pedulikannya.
“Selepas solat Jumaat, tiada orang mahu bersalam, seolah-olah ada najis mughallazah,” katanya ketika berucap di Pelancaran Muafakat Nasional Selangor di Dewan KKC D’Laman Cinta Jalan Kebun.

Mengimbas kembali kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu, Presiden UMNO itu berkata, tindakan pemimpin UMNO yang meninggalkan parti tersebut pada akhirnya mendatangkan kebaikan kerana ia membersihkan parti itu.

“Reptilia diwujudkan dalam kalangan Ahli Parlimen, katak yang paling jauh lompatannya sambil melompat, kencing, adalah katak pisang. Itu pun kita maafkan.

“UMNO rasa mereka yang melompat di sana ada hikmahnya. kekotoran terkeluar dan terbersih cara sendirinya apabila mereka berada di sana.

“Saya tahu mereka menyesal, Tan Sri Noh Omar tahu, kawan-kawan kita itu juga berjumpa, mereka mahu masuk kembali.

“Tetapi saya kata di dalam Islam, dari segi munakahat hukum pernikahan talak ada 3, talak satu, talak dua boleh rujuk.

“Talak ketiga, tak boleh rujuk ada prosesnya,” katanya.

BN yang memenangi 79 kerusi semasa PRU-14, kini hanya tinggal 41 kerusi selepas beberapa wakil rakyatnya meninggalkan UMNO menyertai Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: