Khamis, 14 November 2019

Jalan ke Himpunan Penyatuan Ummah Tg Piai sesak sejauh 2km




PEKAN NANAS: Jalan menuju ke Himpunan Penyatuan Ummah di Parlimen Tanjung Piai malam tadi sesak dengan kenderaan dan orang ramai sejauh 2km.

Setibanya FMT di tapak acara, lebih 5,000 hadirin memenuhi padang di Kampung Sawah untuk himpunan yang menampilkan pimpinan Umno dan PAS.

Pengerusi acara, Tajuddin Abdul Rahman dari Umno, yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, menujukan kehadiran malam ini buat Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad.

“Semalam ceramah PH dikatakan ‘hanya’ 2,000 orang,” katanya.



Turut hadir Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan; Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Orang ramai dibahagikan kepada dua bahagian iaitu wanita di satu bahagian dan lelaki di satu bahagian. Sebahagiannya berkerusi manakala selebihnya duduk bersila.



Pengerusi Barisan Nasional Johor, Hasni Mohammad berharap kehadiran malam ini dapat diterjemahkan kepada undi untuk calonnya, Wee Jeck Seng pada 16 Nov ini sempena Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai yang sedang berlangsung.

“Marilah kita terus berdoa,” katanya.

Tiada ulasan: