Berucap di Kenduri Rakyat di Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan di Kampung Tenggayun tengahari tadi, beliau berkata, Utusan tidak lenyap dan bakal melakukan kemunculan semula tidak lama lagi.
“Utusan (Utusan Melayu) akan dilancarkan kembali insya Allah dalam tahun baru 2020 untuk membantu menyalurkan maklumat-maklumat dari segi pelaksanaan dasar-dasar yang telah pun dibuat dan terus ditambahbaik dalam masa beberapa bulan yang akan datang,” katanya secara ringkas dalam ucapan kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai tengahari tadi.
Turut bersama Calon PH, Karmaine Sardini dan kira-kira 100 penyokong dan pengundi tempatan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan