Sabtu, 9 November 2019

Henti pengiring trafik bekas PM: Jangan buat kerja bodoh – Zaid Ibrahim

Wartawan MalaysiaGazette
Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim
 

KUALA LUMPUR – Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim meminta semua pihak menanam sifat sopan dalam melayan bekas pemimpin negara ini dengan baik.

Katanya, bekas Perdana Menteri perlu diberi perlindungan asas pengawal keselamatan dan pengiring polis.

“Jangan buat kerja bodoh hanya kerana mereka yang lain telah melakukannya sebelum ini,” katanya yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam akaun Twitter.

Berkuatkuasa Selasa lalu, polis menghentikan penugasan pengiring trafik bermotosikal yang disediakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Arahan tersebut dimaklumkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dalam surat bertarikh 4 November 2019 kepada Pegawai Khas Najib, Mohd Shahrir Mohd Aripin.

Menurut Zaid, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak sepetutnya mempunyai sifat balas dendan dan menganggap ia tidak penting. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: