PDRM perlu ketepikan politik, utamakan prinsip undang-undang
BANGI– Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan tidak memandang ringan kes
seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun yang mendakwa dirogol
majikan yang juga Exco kerajaan negeri Perak, baru-baru ini.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul
Anuar Nasarah berkata, pihak berwajib mesti melaksanakan tanggungjawab
dengan telus dan seadilnya terhadap mangsa dan Exco kerajaan negeri itu.
“Hubungan Malaysia Indonesia yang
terjalin baik selama ini mesti dipelihara. Pasti Indonesia sedang
melihat dan menilai bagaimana pembelaan terhadap rakyatnya. Apatah lagi
media di Indonesia telah melaporkannya secara meluas. Ia boleh jejaskan
nama Malaysia.
“Kita tahu. Pasti tidak boleh menghukum
perbuatan itu selagi proses keadilan tidak memutuskannya. Ini
prinsipnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, Shamsul Anuar yang juga
Ahli Parlimen Lenggong menggesa pihak berkuasa khususnya Polis Diraja
Malaysia (PDRM) mengetepikan soal politik, sekali gus menegakkan prinsip
undang-undang kerana kes berkenaan adalah perkara besar.
“Dan sekali lagi ‘rule of law ‘ di Malaysia diuji. Jangan lupa rakyat Malaysia juga ada di Indonesia,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Ahli Exco
kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong dikaitkan dengan tuduhan
rogol berikutan laporan polis yang dibuat seorang pembantu rumah warga
Indonesia pada 8 Julai lalu yang mendakwa dirogol Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Tronoh daripada DAP itu.
Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan dirogol di rumah majikannya di Meru sehari sebelum laporan dibuat.
Difahamkan, kertas siasatan berhubung kes
itu telah diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Perak untuk
tindakan selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan