Harga barang naik, tol masih kena bayar, itu pun nak salahkan rakyat
BANGI
– “Menteri Kewangan kata kita kena berbelanja supaya ekonomi meningkat.
Tapi beliau tahu atau tidak, rakyat bukan berjimat tapi sebenarnya
memang tidak cukup duit nak belanja.”
Demikian bidas Presiden Ikatan Muslimin
Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya mengulas kenyataan Lim Guan Eng,
kononnya ekonomi Malaysia akan jatuh merudum sekiranya rakyat tidak
berbelanja.
Guan Eng berkata, rakyat perlu pandai menguruskan kewangan masing-masing walaupun ia sesuatu perkara yang agak sukar dilakukan.
“Kalau hendak rakyat berjimat sahaja,
saya rasa ekonomi Malaysia akan merudum. Ini kerana kita mahu dari segi
penggunaan dan perbelanjaan mereka dapat meningkatkan ekonomi negara,”
katanya.
Pelik dengan sikap menteri kewangan, Haji
Aminuddin yang juga Pengerusi UMMAH mengingatkan Guan Eng bahawa
pengangguran sahaja sudah cecah 521,000 orang.
“Ringgit masih lemah. Projek-projek masih
tidak berjalan, kalau berjalan pun dapat pada kroni-kroni sahaja. Kalau
rakyat nak beli rumah, bukan mudah untuk dapatkan kelulusan bank untuk
pinjaman.
“Lagipun, harga rumah pun sudah mahal.
Harga barang semua naik, mana ada turun. Tol masih berbayar, hutang
PTPTN masih tidak dihapus. Macam ni pun menteri nak salahkan rakyat?
Menteri kita ini faham ekonomi atau tidak?,” soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan