Khamis, 25 Julai 2019

Suami isteri dibunuh sebelum dibakar

Raja Noraina Raja Rahim
 
 

SUAMI isteri dipercayai dibunuh sebelum dibakar di sebuah rumah di Taman Desa Melati di Nilai, jam 9.30 malam ini.

Mayat lelaki dan wanita berusia 60-an itu ditemui dalam keadaan rentung oleh bomba yang menjalankan operasi memadamkan kebakaran.

Terdahulu, bomba yang menerima panggilan kejadian bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi memadamkan kebakaran rumah teres dua tingkat berkenaan.

Bagaimanapun, ketika operasi dijalankan, anggota menemui kedua-dua mayat terbabit dengan satu daripadanya mempunyai kesan tikaman dipercayai dibunuh

Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar mengesahkan kejadian dan polis masih menjalankan siasatan di lokasi.

Tiada ulasan: