BATU KAWAN:
Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program
Amal Masuk Kampung 5.0 anjuran bersama Masjid Kuala Juru, di sini awal
pagi kelmarin.
Timbalan Pengarah AMAL Pulau
Pinang, Muhammad Nazrul Ali berkata, program ini bertujuan untuk bersama
masyarakat dalam gerak kerja kebajikan dan kemasyarakatan.
Turut sama menjayakan program
ini adalah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda, Dewan
Muslimat Batu Kawan, PAS Cawangan Juru dan juga Lajnah Kebajikan PAS
Batu Kawan.
Hadir sama Ketua Ulamak PAS
Pulau Pinang, Ustaz Ahmad Tajudin Abu Bakar dan Yang DiPertua PAS Batu
Kawan, Ustaz Zulkhairi Ismail.
Antara aktiviti dijalankan
adalah gotong-royong membersihkan tapak perkuburan dan halaman masjid,
pertandingan mewarna anak-anak, kaunter daftar undi, pemeriksaan
kesihatan percuma dan sumbangan bahan kering kepada asnaf.
Pengerusi Masjid Kuala Juru,
Wahid Osman memberitahu segala bahan-bahan mentah untuk jamuan makan
program ini disumbang sepenuhnya oleh anak-anak kariah Masjid Kuala
Juru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan