Sabtu, 27 Julai 2019

DAP larang salah guna agama?

  Dr Ahnad Sanusi Azmi


Pimpinan DAP banyak guna elemen Islam untuk kepentingan politik
KALAU sebelum ini mereka mempopularkan label Taliban buat kumpulan yang memperjuangkan Islam, hari ini timbul pula istilah Klepto-Theocracy, penjenamaan baharu yang cuba mengaitkan agama dengan salah laku individu kepimpinan.

2. Amat menghairankan bagaimana Lim Kit Siang cuba mengaitkan salah guna agama dalam kepimpinan sedangkan pimpinan DAP sendiri telah banyak menggunakan elemen Islam untuk kepentingan politik mereka.

3. Tahukah tuan-puan bahawa DAP adalah penunggang agama yang sebenar untuk kepentingan politik mereka. Ingatkah tuan-puan ketika mana DAP heboh mengagihkan wang zakat di dalam masjid dan surau kepada golongan asnaf walaupun menerima bantahan sarjana dan mufti di Malaysia?

4. Ingatkah tuan-puan ketika Sultan Nazrin menegur pimpinan politik termasuk DAP yang menggunakan masjid untuk kempen politik mereka. Tidakkan perbuatan mereka ini menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka?

5. Bahkan Lim Kit Siang sendiri kelihatan mengambil kesempatan terhadap agama Islam apabila menggunakan Ramadan sebagai ruang berkempen untuk kelihatan mesra Islam.

6. Sikap bermuka-muka, hipokrasi malah memendam benci terhadap Islam inilah yang ditegur oleh Allah dalam al-Quran. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan daripada kalangan kamu (orang kafir/munafik) menjadi “orang dalam” (pemimpin/yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.” (Surah Ali Imran: 118)

7. Bahkan sekiranya diperhatikan, kenyataan Lim Kit Siang mengenai Tamadun Islam ini dikeluarkan sebaik sahaja Tun Mahathir bercakap mengenai mengembalikan semula kegemilangan Tamadun Islam di Turki. Apakah Lim Kit Siang cuba mempertikaikan usaha Perdana Menteri ini? Mengapa DAP sangat anti dengan Islam?

8. Apa yang amat menghairankan lagi, terdapat pula saudara muslim kita yang bersungguh-sungguh mempertahankan DAP. Malah mereka kata akan men’sekolah’kan DAP sekiranya DAP menyerang Islam. Di mana suara mereka ketika DAP memburukkan Islam?

Semoga Allah membimbing kita semua.

Rujukan:

1. https://mindarakyat.blogspot.com/…/mengapa-dap-beriya-agih-…
2. https://www.sinarharian.com.my/…/Agih-zakat-ZPP-MAINPP-perl…
3. https://www.roketkini.com/…/dap-perak-akur-titah-sultan-na…/
4. http://www.astroawani.com/…/cari-jalan-kembalikan-kekuatan-…

* Dr Ahnad Sanusi Azmi, Ahli Majlis Ulama Isma

Tiada ulasan: