Keadilan mesti ditegakkan, jangan jadi seperti kes ‘rasuah’ Guan Eng
BANGI
– Tidak wajar mengkritik tindakan polis menahan Exco DAP Perak, Paul
Yong yang didakwa merogol pembantu rumah warga negara Indonesia, tegur
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.
Beliau
berkata, penahanan Paul Yong adalah satu proses biasa dalam pentadbiran
keadilan bagi membolehkan polis melakukan siasatan.
“Saya
terkejut membaca kenyataan Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng yang
mempertikai penahanan Exco DAP dalam kes rogol amah atas alasan seorang
tidak harus dianggap bersalah sebelum dibuktikan bersalah.
“Jika rakyat biasa pun ditahan untuk siasatan, Exco DAP berkenaan pun tidak boleh terlepas daripada melalui proses yang sama.
“Ia bukan
bermaksud beliau sudah pun didapati bersalah tetapi PDRM perlu
melengkapkan siasatan. Saya percaya seperti kes lain, terdapat ruang
untuk pertimbangan ikat jamin,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu,
Lim Lip Eng mempersoalkan tindakan polis yang dakwanya ‘tergesa-gesa’
dan tidak melengkapkan siasatan terlebih dahulu sebelum menahan Paul
Yong.
Lip Eng
menegaskan, adalah tidak wajar polis menahan Adun Tronoh dari DAP itu
memandangkan belum ada bukti pemimpin tersebut bersalah.
Malah,
katanya, tiada indikasi yang menunjukkan Yong berpotensi untuk lari atau
memusnahkan bukit berkaitan tuduhan yang dilemparkan, justeru pemimpin
itu tidak sepatutnya ditahan.
Mengulas lanjut Ahmad Amzad mengingatkan DAP bahawa semua orang adalah sama di hadapan undang-undang.
“Tidak ada
penjenayah yang akan mengaku melakukan jenayah. Biarlah pihak berkuasa
menjalankan tugasnya dan biarlah mahkamah yang membuat pengadilan.
“Saya harap
keadilan ditegakkan dan bukan digelapkan seperti yang berlaku dalam kes
rasuah Lim Guan Eng di mana kes digugurkan sebelum perbicaraan oleh
‘permainan’ dari pejabat Peguam Negara.
“Rakyat akan
memerhati adakah kes ini akan diteruskan kepada pendakwaan atau fail
siasatan akan diletakkan sebagai ‘no futher action’,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan