Bentuk akhlak pelajar berbanding ubah modul mata pelajaran
BANGI– Netizen menggesa tindakan segera diambil terhadap penjaja yang
menjual gula-gula dikenali sebagai ‘smoke candy’ dan ‘ghost candy’ dalam
kalangan murid sekolah .
Ia susulan tular video di media sosial
menunjukkan sekumpulan murid lelaki yang makan gula-gula berkenaan, yang
mana ia mampu mengeluarkan asap seolah-olah seperti menghisap sebatang
rokok.
Menurut Mohd Fadli Salleh, yang memuat
naik video berdurasi 44 saat itu di laman Facebooknya, murid sekolah
mampu untuk membeli ‘smoke candy’ dan ‘ghost candy’ kerana ia dijual
dengan harga murah.
Susulan itu, rata-rata netizen mengkritik
dan meluahkan rasa kecewa kepada pengeluar dan penjual gula-gula
berkenaan berikutan bimbang ia akan merosakkan generasi akan datang.
“Adui macam-macam jajan pelik sekarang ni. Tak tahu selamat ke tidak kandungan dalam tu. Dulu tu ada air spray kat mulut. Skrg ni asap pulak. Lepas ni keluar api agaknya,” tulis Lina Amalina Noorhan.
“Adui macam-macam jajan pelik sekarang ni. Tak tahu selamat ke tidak kandungan dalam tu. Dulu tu ada air spray kat mulut. Skrg ni asap pulak. Lepas ni keluar api agaknya,” tulis Lina Amalina Noorhan.
“Mohonlah diharamkan. Tak cukupkah bahan
tiruan yang dah banyak ada dalam makanan kita, yang menjadi punca
banyaknya penyakit. Dijamu pulak benda macam ni, tak mungkin ianya bahan
yang baik untuk kesihatan.
“Takkan nak tunggu ada yang dah lecur
mulut ke sakit menggelupur baru nak ambil tindakan. Tolonglah Ya Allah
buatlah sesuatu,” tulis Zaharah Osman.
Sementara itu, Fakif Akim dan Kasvini
Muniandy pula sama-sama menggesa Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
mengambil tindakan bagi mengekang penjualan gula-gula itu di kawasan
sekitar sekolah.
Pandangan sama turut dilontarkan Nur
Cahaya Bahirah supaya Kementerian Pendidikan mengubah modul membentuk
akhlak anak muda yang ketika ini pada tahap membimbangkan berbanding
sibuk menggubah modul subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan