KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyatakan bersetuju sekiranya pendaftaran pengundi berusia 18 tahun didaftarkan secara automatik.
Katanya, pihak pembangkang telah bincang perkara itu dan dipersetujui.
“Kita dah bincang. Pembangkang dah bincang dan saya bersetuju untuk itu.
“Tapi apa yang penting (didaftarkan) automatik sebab orang kita malas daftar undi,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, ahli parlimen pembangkang
sebulat suara bersetuju dengan usul yang dibawa kerajaan untuk
menurunkan had umur mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun.
Bagaimanapun, persetujuan itu diserta
dengan syarat pendaftaran mengundi umur 18 tahun didaftarkan secara
automatik serta layak menjadi calon dalam pilihan raya. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan