GUA MUSANG: Hari ini Timbalan Perdana Menteri (TPM) seperti menafikan tohmahan awal pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menyifatkan kematian penduduk Orang Asli berpunca pencemaran sungai akibat perlombongan mangan.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
dilapor berkata, Jabatan Kimia mendapati air yang diuji di sekitar
lombong mangan dan tempat tadahan air bukit mematuhi standard kualiti
air minum kebangsaan.
Malah katanya, tiada pelepasan sisa lombong bijih mangan ke dalam sungai.
Penyelia Dun Paloh Ustaz Azman Ahmad
berkata, telahan awal kerajaan negeri dan NGO kematian penduduk Orang
Asli suku Bateq di Kuala Koh bukan berpunca pencemaran sungai sekarang
menjadi kenyataan.
Katanya, penelitian yang dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum ini sudah menjelaskan situasi sebenar.
“Namun pemimpin PH masih lagi mahu
menunding jari kepada kerajaan negeri dengan mensasarkan lombong mangan
tidak jauh daripada penempatan Orang Asli sebagai punca.
“Nampak jelas isu tersebut cuba
dipolitik pemimpin PH, sedangkan faktor sebenarnya kurang kemudahan asas
di penempatan tersebut terutamanya aspek kesihatan kurang mendapat
perhatian agensi berkaitan,” katanya di sini.
Baru-baru ini Pengerusi PH Kelantan
Dato’ Husam Musa dilapor berkata, kewujudan lombong berhampiran
penempatan Orang Asli di Kuala Koh dikhuatiri mencemarkan sumber air.
Presiden Kelantan Care Nazman Che
Iberahim mengucap syabas dan tahniah di atas keprihatinan Timbalan
Perdana Menteri turun ke Kuala Koh hari ini.
Katanya, Dr Wan Azizah memberikan pencerahan yang terbaik kepada polemik dan isu berkaitan kematian Orang Asli Kuala Koh.
“Sejak tiga minggu lepas, pelbagai pihak
dilihat menuding jari dan cuba menyalahkan kerajaan negeri. Ramai yang
secara semberono mengaitkan ia dengan aktiviti pembalakan dan juga
perlombongan.
“Ramai ahli politik pro-PH membina persepsi jahat kononnya pihak kerajaan negeri sengaja membiarkan operator dan pengusaha lombong untuk mencemarkan air sungai,” katanya. - HARAKAHDAILY
“Ramai ahli politik pro-PH membina persepsi jahat kononnya pihak kerajaan negeri sengaja membiarkan operator dan pengusaha lombong untuk mencemarkan air sungai,” katanya. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan