Aliff Syukri dikecam kerana naik gajah di Thailand
MALAYSIAKINI
Di sebalik gesaan untuk tidak menyokong aktiviti
rekreasi membabitkan haiwan, usahawan kosmetik Aliff Syukri memuat naik
imej dia menunggang gajah ketika berada di Thailand baru-baru ini.
Bahkan,
imej dikongsikan di Instagram itu mengundang kecaman warganet terutama
selepas sering kali sisi aktiviti bertujuan menarik pelancong itu
dibongkarkan di media massa.
“Ramai orang ada duit, tapi tak ada otak,” kata pengguna akaun @shah_nizam.
Perkongsian
imej itu dibantah selain diminta diturunkan oleh netizen atas alasan ia
ibarat membantu mempromosi aktiviti penderaan haiwan.
“Jangan naik gajah,” kata pengguna akaun @fjura_com
Antara
yang memberi pandangan menyatakan, gajah-gajah di negara itu didera
agar ia mudah dijinakkan selain dipaksa untuk membawa pelancong.
“Cuba
elakkan aktiviti pelancongan dan riadah yang melibatkan penggunaan
haiwan. Boleh Google macam mana mereka melatih gajah itu,” kata pengguna
akaun @muhammad_haszmi.
Pun begitu, Aliff memberi respons positif kepada pengikutnya berhubung isu dibangkitkan.
Selain meminta maaf, Aliff juga menyatakan pendiriannya untuk tidak lagi menyokong aktiviti membabitkan haiwan selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan