Sabtu, 13 Julai 2019

20 penduduk hilang tempat tinggal

Kandau Sidi
 
 

SERAMAI 20 penduduk daripada enam keluarga di Long Palai, Hulu Baram, hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran, 5.30 pagi, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, kebakaran itu memusnahkan satu blok rumah panjang yang menempatkan enam kediaman penduduk.

Beliau berkata, kejadian itu disedari beberapa penduduk yang melihat api marak dari salah satu unit kediaman dan mereka kemudian menjerit mengarahkan semua penghuni keluar.

“Mujur semua penghuni sempat keluar rumah menyelamatkan diri dan tiada sebarang kecedaan diaporkan,” katanya yang mengesahkan menerima laporan kes itu di Miri, hari ini.

Beliau berkata, jarak perjalanan ke lokasi kebakaran mengambil masa tujuh hingga lapan jam melalui jalan balak.

Katanya lagi, kebakaran pernah berlaku di lokasi sama pada 2017.

Tiada ulasan: