Isnin, 1 Julai 2019

2 warga China dilantik lembaga pengarah baharu Khazanah

sitifatimah
KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelantikan tiga anggota lembaga pengarah baharu termasuk dua individu dari China, berkuat kuasa 26 Jun 2019 .

Menurut kenyataan hari ini, Khazanah berkata mereka ialah Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara To’ Puan Azian Mohd Aziz, Pengasas SenseTime dan Profesor di Chinese University of Hong Kong, Profesor Xiao’ou Tang.

Selain itu Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee juga dilantik.

“Khazanah mengalu-alukan pelantikan anggota lembaga pengarah yang baharu ini dan berharap akan dapat terus bekerja dengan kami yang diketuai oleh Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad (yang juga Perdana Menteri) untuk memenuhi mandat kami sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia,” menurut Khazanah. – Bernama


Tiada ulasan: