pemerdagangan manusia yang diketuai individu berbeza berdasarkan penemuan kem itu di sempadan Perlis itu.
Komander VAT69 Komando, Mohd Yusof Arifin berkata ia berdasarkan struktur kem dan peralatan berbeza ditemui.
“Pendapat saya, kem-kem ini ada berlainan tuan. Contoh, ada kem yang ada talam (tempat makanan) warna lain, ada kem tidak ada talam.
“Bentuk (kem penyeludupan), binaan ada guna kawat duri dan ada guna kayu sahaja,” kata saksi ke-45 itu dalam pendengaran awam RCI hari ini.
“Dari keadaan fizikal semasa jumpa kem ini, ada kem yang telah ditinggalkan lama, ada yang masih baru.
“Ada kem dianggarkan sudah 3 atau 4 bulan tidak ada aktiviti.”
Beliau berkata, ada kem mempunyai bekalan air kerana ia dibina berdekatan sumber air, ada pula yang berkongsi bekalan air dengan memasang paip ke kem lain.
Bagaimanapun, katanya, tiada pendatang asing tanpa izin ditemui ketika kem itu dikesan pihak berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan