Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sea Park pada petang Ahad, mangsa mendakwa penyerangnya yang dikatakan mabuk ketika itu, merabanya sekurang-kurangnya 2 kali.
Wanita berusia 30-an itu mendakwa dia memberitahu peguam berkenaan supaya menjauhkan diri daripadanya tetapi lelaki itu tidak mengendahkan amarannya.
Dia berkata peguam itu kemudian menjadi agresif, menggunakan perkataan lucah terhadapnya dan mengugutnya.
Dalam laporannya, dia berkata insiden itu berlaku antara jam 11.30 malam Sabtu dan 2 pagi hari berikutnya. Beliau berkata ia disaksikan beberapa peguam lain yang turut hadir Parti Tahunan Peguam Jenayah edisi ke-5.
Dia menggesa polis menyiasat kes itu atas dakwaan mencabul kehormatan, menggunakan perkataan atau isyarat bertujuan menghina kehormatan seseorang dan salah laku di khalayak ramai oleh orang yang mabuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan