Ahad, 23 Jun 2019

Fitnah lebih besar mungkin berlaku pada PRU15: PAS

tyrazalhe 

 

PH akan jadi kerajaan sepenggal kerana gagal tunai janji


BANGI – PAS tidak menolak kemungkinan fitnah lebih besar bakal berlaku bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Serentak itu, wakil Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menggesa semua ahli supaya tidak terperangkap lagi, malah bersedia untuk menghadapi PRU yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Beliau berkata, pilihan raya akan datang pastinya menyukarkan Pakatan Harapan (PH) untuk terus mempertahankan kemenangan seperti PRU14 lalu.

“Kerajaan yang menguasai Putrajaya sekarang dianggap kerajaan sementara berdasarkan kegagalan melaksanakan banyak janji yang diuar-uarkan pada kempen PRU lepas.

“Kerajaan PH gagal melaksanakan janji yang diisytiharkan ketika kempen PRU lepas,” katanya seperti dilapor Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang berucap menyokong ucapan dasar presiden pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-65 berkata, kemenangan PH boleh dianggap sebagai kejayaan kerana mencipta cerita yang cuba melunakkan rakyat.

Oleh itu, beliau berharap supaya seluruh pimpinan PAS bangkit melaksanakan kerja secara bersungguh-sungguh bagi menggantikan kerajaan yang ada sekarang.


Tiada ulasan: