Dr Mahathir kata perlu tiga tahun untuk kurangkan hutang negara
KUALA LUMPUR– Berpegang kepada tekad untuk menyelesaikan masalah hutang negara, Tun
Dr Mahathir Mohamad beliau tidak akan memegang jawatan perdana menteri
melebihi tiga tahun.
Menurut
stesen berita CNBC, perdana menteri berkata kerajaan beliau memerlukan
tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia daripada 80 peratus
Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 54 peratus.
Ketika
ditanya pembaca berita CNBC Tanvir Gill sama ada beliau akan terus
memegang jawatan untuk melihat matlamat itu tercapai, Mahathir berkata:
“Tidak, saya tidak akan melebihi tiga tahun.”
Sebaliknya,
Dr Mahathir berkata, keutamaan beliau adalah untuk membolehkan Malaysia
“menyelesaikan masalah (hutang) ini” sungguhpun selepas beliau
berundur.
“Saya akan
menjadi PM untuk membantu menyelesaikan masalah tertentu, ia mungkin
mengambil masa dua tahun atau lebih, tetapi yang paling penting adalah
untuk menyelesaikan masalah, lepas itu saya akan berundur, saya tidak
mahu terus memegang jawatan ini,” kata perdana menteri.
“Bagi
saya, saya sudah berjanji bahawa saya akan berundur dan Anwar (Datuk
Seri Anwar Ibrahim) akan menggantikan saya,” kata Dr Mahathir. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan