Sabtu, 22 Jun 2019

Wang 1MDB: Kalau anak jantan PH kena minta maaf kepada PAS

ISMA WEB


Pemimpin, pihak berkaitan PAS tiada dalam senarai lucut hak SPRM


KUANTAN– Pemuda PAS mencabar Pakatan Harapan (PH) sekiranya parti itu memiliki maruah diri supaya memohon maaf secara terbuka kerana menuduh PAS menerima wang hasil daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pemudanya yang baharu, Ir Khairil Nizam Kharudin berkata, PAS tiada dalam senarai individu, pertubuhan atau syarikat yang dinamakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menerima wang 1MDB.

Sekiranya mereka anak jantan, minta maaf secara terbuka atau peribadi, katanya ketika ditemui pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA), di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pihaknya memfailkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram d
an Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) di mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

SPRM memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 19 Jun lalu, katanya pada sidang akhbar, semalam.

Semua individu dan entiti terbabit, termasuk parti politik, yayasan dan syarikat, UMNO, Parti Rakyat Bersatu Sabah, MCA serta Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Permohonan perlucutan hak itu adalah yang terbesar dalam sejarah Malaysia di bawah AMLA, dan terbukti tiada satu pun pemimpin atau individu berkaitan PAS, disebut dalam senarai 41 nama itu.

Mengulas lanjut, Khairil Nizam meminta semua pihak, termasuk menteri yang ada sekarang dan memfitnah PAS sebelum ini, memohon maaf secara terbuka kepada parti itu.

“Alhamdulillah, sebab SPRM baru telah memberitahu benda yang sama seperti yang sebelum ini, bahawasanya PAS tidak menerima sebarang dana daripada 1MDB,” katanya.

Beliau berkata, bukti-bukti tuduhan bahawa PAS menerima wang 1MDB masih lagi boleh dilihat melalui platform media sosial ataupun YouTube dan sebagainya.

“Terpulang untuk meinta maaf secara terbuka melalui kenyataan atau rakaman. Kalau ‘gentleman’ silakan. Kalau menghormati rakyat, silakan. Sebab inilah perkara yang seringkali dimomokkan kepada PAS, sebelum PRU 14, hingga menyebabkan rata-rata rakyat agak terpercaya kepada dakwaaan dan fitnah itu,” katanya.


Tiada ulasan: