Sabtu, 22 Jun 2019

Wakil Muslimat PAS desak kerajaan hapus sistem pendidikan vernakular

Wakil Muslimat Salamiah Md Nor ketika membahaskan ucapan 
dasar presiden pada muktamar tahunan PAS ke-64 di Kuantan, 
hari ini.
 
KUANTAN: Perwakilan Muslimat PAS mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

Salamiah Md Nor berkata, ini kerana dasar itu tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.
Katanya, sebelum mengambil alih pentadbiran Putrajaya, pemimpin PH mengatakan bahawa ia tidak selesa dengan sistem berkenaan.

“Selaku wakil Dewan Muslimat PAS saya menyeru dan mengharapkan kerajaan PH mengambil tindakan dan memberhentikan pendidikan vernakular.

“Kita melihat sistem ini tidak mendekatkan jurang persefahaman antara kaum,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar tahunan PAS kali Ke-65 di Stadium Tertutup Sukan Pahang (Sukpa) di sini, hari ini.

Salamiah berkata, sistem pendidikan perlu diperkasakan agar berjaya membentuk jati diri anak-anak.

Sayap wanita PAS itu juga menyarankan kerajaan supaya mengkaji menjadikan subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah agama rakyat dan negeri subjek teras di sekolah kebangsaan.

Muktamar PAS ke-65 yang bermula semalam dijadualkan berakhir esok.

Tiada ulasan: