Dr Mahathir arah kenal pasti, ambil tindakan tegas terhadap dalang
KUALA LUMPUR
– Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan insiden
pencemaran udara di Pasir Gudang tidak sepatutnya berlaku selepas
terjadinya insiden serupa sebelum ini.
“Ini
kurang cerdik… nampaknya ada industri-industri yang tidak begitu
prihatin terhadap keselamatan menyebabkan insiden ini berlaku lagi.”
Dr
Mahathir berkata demikian merujuk kepada Insiden Sungai Kim Kim di Pasir
Gudang pada Mac lepas yang turut menyebabkan pencemaran udara dan
simptom lebih kurang serupa pada orang ramai di situ.
“Sebab itu
kita perlu kenal pasti siapa mencemarkan udara di situ dan ambil
tindakan yang tegas terhadap mereka,” katanya kepada pemberita selepas
Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-33 di sini, hari ini.
Beliau
mengulas mengenai kes pencemaran di Pasir Gudang kali ini yang
menyebabkan ramai yang sesak nafas dan muntah sejak Khamis lepas.
Menurut
laporan semalam, kerajaan negeri Johor mengarahkan 17 buah sekolah, 69
tadika serta sebuah institusi pengajian tinggi yang melibatkan 20,108
pelajar ditutup selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis sebagai
langkah berjaga-jaga.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan