Perbalahan politik untuk rebut jawatan PM merugikan semua pihak
BANGI
– Sudah sampai masa untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar
Ibrahim masing-masing melepaskan jawatan serta melupakan hasrat menjadi
Perdana Menteri.
Presiden
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham
Abdul Aziz berkata, tampuk pemerintahan kini patut diserahkan kepada
mereka yang lebih berkemampuan, berwibawa dan ‘lebih muda’ untuk
menentukan hala tuju negara yang lebih cemerlang.
“Tanpa
menafikan peranan dan sumbangan Tun Mahathir kepada negara ketika
menjadi Perdana Menteri keempat selama 22 tahun, negara sekarang ini
memerlukan satu kepimpinan yang baru, segar dan dinamik untuk
mengeluarkan negara dari kemelut politik, ekonomi dan sosial yang
memberi kesan besar kepada semua rakyat.
“Kita kena
akui kemampuan Tun Mahathir untuk memimpin dan mengubah keadaan negara
pada masa sekarang ada hadnya dan inilah masa terbaik untuk melepaskan
jawatan beliau kepada kepimpinan yang baru,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Pada masa
sama, Anwar juga dinasihatkan untuk melupakan hasrat menjadi perdana
menteri kerana rakyat mahukan perubahan yang konkrit demi kestabilan dan
kemakmuran negara, katanya.
Beliau berkata, pertelingkahan dan perbalahan politik dalam perebutan jawatan perdana menteri sangat merugikan semua pihak.
“Telah tiba
masanya untuk semua pihak mengakui dan menerima hakikat Tun Mahathir dan
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ‘bersara’ dari politik tanah air.
“Sama ada
menggantikan kedua-dua pemimpin ini dengan pemimpin baru dari kalangan
PH atau mungkin yang lebih baik, memberi mandat kepada rakyat untuk
menentukannya dengan pembubaran Parlimen,” katanya.
Terdahulu,
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan pendiriannya akan
menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dalam tempoh tiga tahun.
Dr Mahathir pada masa sama turut menegaskan tidak akan memegang jawatan tersebut lebih daripada tiga tahun.
Mengulas
perkara itu, Anwar Ibrahim berkata, kenyataan Dr Mahathir yang akan
menyerahkan jawatan itu dalam tempoh tiga tahun dan bukan dua tahun
seperti yang dilaporkan dipersetujui Pakatan Harapan adalah sekadar
andaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan