MUKTAMAR PAS | Nampaknya
di sebalik arahan walak dan janji untuk mentaati arahan pimpinan,
kerjasama PAS dengan Umno masih belum mendapat lorongan yang luas.
Katanya garis panduan yang jelas diperlukan agar anggota di peringkat akar umbi patuhi dan memudahkan gerak kerja namun perlu ada aspek yang harus diambil kira.
"Jangan sampai orang masuk rumah tangga kita, atau kita masuk rumah tangga orang, kerana sudah berlaku (di) cawangan-cawangan, mesyuarat agung dirasmikan oleh orang parti lain," katanya.
Setakat ini, kata Mohd Shafie, pihak yang membuat jemputan ialah daripada Umno dan pemimpin PAS yang merasmikan mesyuarat agung mereka.
Keadaan itu, katanya, boleh dianggap sebagai "OK".
"Tapi besok kalau tak ada garis panduan, atau cawangan PAS bermesyuarat, pimpinan Umno yang merasmikan, bagi saya tidak kena sesama kali," katanya.
PAS dan Umno kini sedang menggiatkan usaha
memeterai kerjasama di antara parti pembangkang terbabit sebagai
persediaan menghadapi PH sebagai kerajaan.
Kedua-dua
parti adalah musuh tradisi selama berpuluh tahun sehinggalah Umno -
yang menjadi parti utama dalam BN - ditumbangkan dalam pilihan raya umum
tahun lalu.
Daripada
kerjasama yang tidak ketara, pemimpin Umno dan PAS berhubung secara
terbuka dan dipercayai dalam peringkat akhir untuk memeterainya secara
rasmi tidak lama lagi.
Bagaimanapun sesetengah pihak
berpendapat usaha itu mungkin berdepan bantahan anggota kedua-dua parti,
terutama di peringkat akar umbi ekoran mereka mempunyai sejarah
perseteruan yang panjang.
Pemimpin PAS - terutama
peringkat tertinggi - berkali-kali menegaskan pentingnya semua anggota
parti memberi kepercayaan kepada mereka dan mentaati keputusan yang
dibuat demi kepentingan Melayu dan Islam.
N Faizal Ghazali, M Fakhrull Halim, Lu Wei Hoong, Mastura Malak dan Alyaa Alhadjri menyumbang kepada laporan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan