Pendidikan teras penting didik masyarakat mengenai jenayah rasuah
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membentuk budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah, kata Menterinya, Dr Maszlee Malik.
Mengulas
kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengenai usaha
melibatkan bidang pendidikan bagi mencapai matlamat itu, Maszlee
berkata, pendidikan adalah teras penting dalam mendidik masyarakat
tentang keburukan jenayah rasuah.
“Saya bagi
pihak KPM juga ingin menjemput Latheefa ke pejabat bagi mengadakan
perbincangan lanjut untuk meneroka pelbagai ruang kerjasama yang boleh
dijalinkan ke arah matlamat Malaysia bebas rasuah,” katanya dalam
kenyataan, di sini hari ini.
Pada
Jumaat lepas, Latheefa dilaporkan berkata, beliau akan melihat kepada
tindakan jangka panjang termasuk dari aspek pendidikan bagi mewujudkan
budaya tidak bertoleransi kepada rasuah.
Latheefa
yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun lepas,
berkata adalah menjadi hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan
hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.-
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan